huaaa, dah lama rasa tak update blog....huhu. rinduuuu. aku sekarang tengah bizi kerja sempena cuti semesta jadi babysitter kat taska. sebab tu lame tak update. well, oleh sebab aku jaga budak so hari ni nak cerita pon pasal budak.
kanak-kanak, suatu zaman yang pernah dilalui oleh semua orang dan merupakan zaman yang mana semua orang ingin kembali menjalaninya. (perghhh, ayt karangan SPM lah...haha) waktu budak-budak memang best. hidup senang je, tak payah nak susah-susah pikir masalah, masalah kerjalah, cintalah, kawanlah, macam-macamlah. sebab tu semua orang bila tanya zaman mana diorang nak ulang balik mesti ada yang jawab zaman budak-budak. mana tidaknya, makan ada orang jaga, baju ada orang basuh,
aku kerja kat taska ni jaga budak range umor 1-2 tahun. so aktiviti harian diorang memang main je lah suka hati diorang. takde aktiviti belaja sangat sebab diorang ni cakap pon x pandai lagi. buat apa nak belaja ye x? tapi apa yang aku perasan (bukan perasan yg syok sendiri tu tau) budak-budak ni semua benda boleh jadi mainan diorang kan? hehehe (aku kecik2 dulu pon cm2 gk...ahaha). antara mainan yang zaman budak-budak aku dulu yang fungsi asal bukan mainan ialah:
1. cuit tiang
ni aku rasa kebiasaan mainan kat susur-susur gajah sekolah. unless sekolah korang xde susur gajah. siapa pencipta mainan ni aku sendiri xtau. yang aku tau masa tu main je. permainan ini adalah salah satu punca kekotoran pada kasut anak-anak anda sebenarnya...hahaha. permainan ni memerlukan 5 orang pemain untuk game kecik. tapi aku dan kawan-kawan aku dulu lagi advance dan buat permainan ni lebih besar dan meriah seramai 8 orang...haha. cara mainnya 4 orang budak akan berada jadi jaga kat tiang dan sorang budak akan cuba mencuit tiang tu sebelum jaga tak bertauliah ni. jaga-jaga praktikal ni boleh bertukar-tukar tiang antara sesama diorang. siapa yang gagal menjaga tiang yang akan jadi pencuri pulak lepas tu. dalam acara merebut tiang tu la kasut anak-anak anda terpijak sesama mereka dan akan menjadi mangsa bebel mak bapak bila balik rumah...muahaha
2.longkang
sememangnya kanak-kanak bermain apa saja.hahaha zaman aku sekolah dulu longkang pon boleh jadi main. ada siapa yg wondor x main camne?? ke ada yg da tau sebab diorang pon sama geng ngan aku kecik-kecik main longkang...heh game ni macam nak train budak untuk belajar menari. cuma bezanya ko lompat-lompat ke dalam dan luar longkang secara duo dengan member korang mengikut step yang telah ditetapkan oleh piawai dan sirim. (aku pon xtau sape yg spesifik kn step game ni..heh) dan siapa yang salah step akan terkeluar dari game dan dikira kalah. sepanjang bermain game ni ada lagu yang turut dinyanyikan seiriong dengan step-step dalam game ni. aku pon dah tak ingat macam mana lagu game ni...hahaha
3. tutup botol a.k.a tudung oren
dulu kecik-kecik mak aku kerja tukang masak kat kedai. kat kedai tempat mak aku keje tu ada jual air bikarbonat a.k.a air
lebih kurang cmni la botol tu. aku seach miranda dalam botol kaca kuar miranda kerr plak...haish |
p/s: seronok gak jaga budak kat taska ni. tapi hope korang jangan banyak karenah sangat la. takot teacher termarah je...hukhuk