kaizoku treasure

Saturday, June 11

blog famous dan blogger famous itu berbeza.

olla amigos,

sebelum ni aku penah tulis entry pasal how to be famous blogger dan aku juga komen aku nak blog aku jadi  famous amos dikenali ramai dan dibaca serta di komen. ok, aku x la tulis sedetail itu dalam harapan aku sebelum ni dan ramai yang mungkin salah faham. well, fahaman kita semua pon memang berbeza dan tak sama kan? pada pandangan aku blog famous dan blogger famous itu adalah sebenarnya berbeza. let's read peeps.


1. blog famous
firstly lets talk about famous blog. untuk blog famous ni sudah semestinya popular dan dikenali ramai atas sebab cara penulisan yang disukai ramai. orang datang blog dia untuk baca apa yang ditulis dan orang follow blog tu sebab nak baca lagi apa yang blogger ni tulis. kebiasaannya tiada paksaan dalam follow memfollow sebab orang follow secara sukarela. mereka ini juga kebiasaannya menulis blog dengan hati yang tulus ikhlas lahir dari hati yang suci dan bukan untuk kejar famous amos dan tidak mengamalkan "i follow u, follow balik" malah famous yang diorang dapat tu macam kata fafau, "jangan kejar populariti, biar populariti yang kejar kita".

2. blogger famous
jenis kedua ini biasanya blog diorang famous sebab populariti yang ada pada diri diorang. blog yang semacam ini biasanya menceritakan hal-hal peribadi dan apa yang mereka buat setiap hari dan di follow oleh peminat diorang yang nak tau pekembangan dan penguncupan mereka setiap hari. selebritas je yang boleh buat camni dan ramai follower kot.

tapi dalam dunia blog ini juga ada insan-insan yang hanya kejar nak jadi famous dan buat macam-macam perkara yang boleh mengundang raai orang untuk datang tengok blog diorang seperti membuka pekung di dada menceritakan aib sendiri, ada juga yang jenis copy and paste je entry dia dari blog orang lain dan ada juga yang jenis dapat rami follower dengan menghentam orang-orang yang lebih famous. ini pada aku yang dinamakan instant famous which is x kekal lama. (betol ke aku eja 2..erkk) blog diorang ni biasanya hanya akan panas seperti mana instant megi jugek. sekejap je. lepas tu xde dah la orang datang baca.

kalo aku, aku nak jadi macam jenis yang pertama. itu adalah goal aku. sebab pada aku kalo blog kita famous, maknanya orang suka dengan cara kita tulis dan apa yang kita tulis. kira kalo famous tu macam achievement lah. bukan aku yang nak famous dan dikenali orang. kalo itu yang aku nak, mestilah sejak dari awal lagi aku buat blog ni, aku dah pakai nama betul aku dan letak fb batch sapa aku kat fb. senang sikit orang nak cari. baru betul famous amos de la rossa. ye x? yang aku nak ialah blog ni yang famous. i mean orang suka dengan penulisan aku. dan aku juga x amalkan "i follow u, follow balik". bukan nye aku nak kondem. u can use is as long as u like it. dan aku juga jarang mengomen kat blog orang. sebab aku xtau apa yang patut aku komen supaya orang x butthurt or xtau apa yang menarik untuk dikomen. i'm kindda silent reader. unless it really attract me.dan aku tau ramai yang datang tengok entry aku tu dah salah faham dengan aku (padahal yang komennya 7 orang je...tu pon dah touching...huhu). aku ikhlas dalam tulis blog ni. terpulang pada pembaca untuk percaya atau tak. mungkin juga ada yang aku ni x layak tulis pasal famous ni sebab blog aku pon masih baru dan xde orang kenal pon lagi. n i'm sorry for this entry is dah bercampur antara pendapat dan perasaan aku sendiri. well, no one perfect


p/s: aku nak blog aku famos...bukan aku lah...huhu it is an achievement for this blog. not me. =.="

Tuesday, June 7

perempuan itu sebenarnya nakal

olla amigos,

hari ni aku nak sentuh cerita pasal perhubungan. bukan connection tapi relation. yes, relationship. to be specific aku nak cerita pasal perempuan sendiri dalam perhubungan. korang bese x tengok note-note kat facebook or  entry-entry kat mane-mane blog lah yang cerita pasal tanda-tanda perempuan jatuh cinta. mesti penah kan? kan2? korang perasan tak salah satu daripada note tu mesti cakap lebih kurang camni. "walaupun perempuan tu keluar dengan lelaki  lain, mesti still akan memikirkan lelaki yang dia suka". pernah dengar? pernah baca? pernah wonder maksud frasa ni?


gambar adalah hiasan semata (mcm ayt majalah plak..haha)


let me tell u a secret. macam apa yanrg aku tulis kat tajuk kat atas tu, perempuan ni sebenarnya nakal. x caya? betol...x tipu...tapi ini untuk kes-kes gadis yang belum berkahwin dan belum betul-betul serious nak kahwin dengan pasangan laa. (dah seyes nk kwen pon kdng noty gk...tp sket je la..haha) and satu lagi kalo yang jenis bercinto jarak jauh. memang dia buat nakal. x caya jugak? x caya jangan tanya awek korang. sebab diorang x akan ngaku punya...giler kau nak ngaku...heh.

perempuan ni seperti yang kita tau insan yang lemah dan manja. yang jenis pakwe dekat boleh la nak manja-manja dengan pakwe. yang jauh tu dapat tepon je laa... jadi biasanya diorang ni biasanya suka bergurau dengan guys especially kawan-kawan diorang or someone yang had crush on them. gurau yang biasa keluar ialah mintak belanja lah. bagi yang bukan kaki kikis ini memang gurauan yang betul-betul gurauan. bagi yang betul-betul setia dengan pakwe dan komited dan berjanji untuk kahwin, it ends here. tapi bagi yang puppy love atau cinta monyet ni or yang bercinta secara x serius ni memang gurauan, tapi kalo orang betul nak belanja apalah salahnya. so, awek-awek anda akan keluar dengan kawan diorang ni untuk dibelanja. macam tu je biasanya. but ofcoz as a friend lah dan diorang xkan keluar cuma berdua. kecuali kalau korang tau awek korang ni jenis tukar pakwe 3 bulan sekali, so this is bibit-bibit kecurangan mereka...muahaha and there will be another "meeting" set up for the next time berdua sahaja. well, berdua lebih baik kan bak kata acar buah acha septriasa...hoho jadi untuk pakwe-pakwe yang diluar sana. kenal pasti awek jenis apakah makwe korang tu. itu jelah kot yang aku nak cakap. to girl out there, jangan marah aku untuk bocor kan rahshia ini. i just want to save a relationship. till then, bubye.


p/s: entry ini tidak terpakai untuk gadis-gadis geng surau tudung labuh. sebab diorang bercinto pon tidak. camno nak nakal kan...haha

Wednesday, June 1

kenapa perempuan kena pakai tudung (versi modern review)

olla amigos,

hari ni aku nak cakap pasal wanita. si, margarita!! yang laki kalo nak baca pon xde hal. tujuan entry ni adalah untuk menggalakkan wanita-wanita (cewahh, kemain tulis wanita...haha) di luar sana untuk memakai tudung. tapi aku bukan lah alim sangat untuk berdakwah dekat korang yang "rambut percuma" a.k.a free-hair ni untuk bertudung. xde hadis pon aku tulis dalam ni. (aku pon x tau...huhu) tapi ini cumalah pandangan dan galakkan kepada korang untuk beralih arah kepada bertudung.  tak labuh pon xpe, nak pakai macam mak datin pon boleh, alaahh yang nampak joe jambul tu. sekurang-kurangnya korang da one step untuk nak tutut urat aurat. mana tau nanti dapat lah seru tutup terus. artis sekarang pon da makin ramai pakai tudung, macam irma hasmie, catriona ross (cmni ke eja name die ekk...ehehe), farah AF2 tu. manis je tengok. kalo xmo jugak terpulang pada korang. aku tak paksa pon. ok, mari kita lihat hujah-hujah saya.

sape kate pakai tudung x ramai orang suke?? kan3?

haa, kan manis tu... mak cik2 pon rs nk wt menantu...


1.lebih banyak style
untuk mereka yang rambut percuma tu aku nak tanya, ape style yang korang boleh buat dengan rmbut korang? curl, rebond. lagi2? rebold xmo? ekeke. macam tu je style nye kan? paling-paling pon cara potong rambut la beza pon. ye dop? aku xtau sangat style orang rambut percuma ni. tapi yang aku tau sekarang orang yang pakai tudung da ada macam-macam gaya. tak macam dulu lagi dah. kalo dulu yelah, mane ada gaya-gaya sangat. paling tak pon kalo dulu tudung yg ada macam tali lilit kat kepala tu. tapi sekarang cube tengok kat pasaran sikit punya banyak (dah sikit banyak plak, bahasa....bahaha) fesyen yang ada. bukan tudung bawal je, shawl, tudung ikin, tudung siti, tudung aida khalida, tudung nur kasih dan banyak lagi lah sampai aku pon xtau nama apa lagi yang orang letak. tu baru tudung, belom style pakai lagi...kalo style pakai dah berganda-ganda lah. yang lose yang belit simpulan kasih, merpati dua sejoli, ntah apa lagi nama pon aku xtau. bukan tu je, cara belit pon aku xtau..hahaha

2.pilihan warna yang pelbagai
kita sebagai perempuan memang suka akan benda yang cantik. yang kalerpul. kalo tengok tudung sekarang humangaih, banyak pesen yang ada. yang banyak kaler macam pelangi ada. yang satu kaler pon ada. pilih je kaler apa korang berkenan. nak bagi match ngn baju korang satu suit hari-hari pon buleh. ni lah spesial pakai tudung. cuba kalo rambot. tuan hamba pernah lihat orang pakai baju sama kaler dengan rambot?? (sila sebot dgn antonasi nujum p.blalang) tak pernah bukan? lagipon mana ada orang yang tukar warna rambot hari-hari. plaing dekat pon sebulan kot. ntah, x penah buat. lagipon warna rambut selalu ni boleh buat rambut jadi rosak. kalo korang tukar tudung hari-hari rambut korang rosak x? tentulah tak kan? tak payah nak bazir duit buat treatment mahal-mahal dah. jimat poket mak abah/pakwe/hubby korang.

3.aksesori
untuk mereka yang berrambut percuma ni tentulah macam-macam akse-sorry aksesori yang boleh digayakan bersama seperti rantai, subang jaya, gelang. opss gelang kat tangan, salah...ehehe. dan headband yang boleh dipakai. tapi dengan majunya fesyen malaysia sekarang, korang masih boleh menggayakan aksesori yang korang pakai selama rambut percuma kini walaupon korang sudah bertudung. well, seperti yang aku cakap entry ni bukan untuk dakwah. so kira korang pakai tudung nampak joe jambul nak pakai macam-macam aksesori still boleh nampak lah. at least korang dah one step closer untuk tutup aurat kan?

4.eksklusif
yeaah, come to the last point. (padahal dah xde idea..ahaha) untuk orang-orang yang pakai tudung ni for sure la rambut korang eksklusive untuk family korang je tengok dan eksklusive untuk hubby korang je main. untuk yang tak pakai tudung dah kompom-kompom lah mane korang pegi sume orang boleh tengok rambut korang kan? tu je...

okeylah. till then, bubye.