kaizoku treasure

Sunday, October 2

tenda biru

 olla amigos,


lama dah aku tak tulis entry kan? ada orang rindu tak? mesti xde kan...huhu. kami tau la, orang x kenai kami...kami bukan blogger famous pon...hukhuk (dduk kat bucu smbil kuis tanah dgn jari).

aaahhh, lupakan itu. aku sekarang ade plan untuk but cover untuk lagu-lagu klasik dan lagu-lagu lama. anak muda sekarang kan ramai yang buat cover lagu modern carta billboard je kan...jaga tanya suara aku sedap ke tak...nanti korang nilai sendiri. kalo tak sedap aku x sambung projek aku. tapi buat setakat ni aku x boleh buat lagi coz handset masuk hospital aku cuma buat reseanrsh je sekarang untuk lagu-lagu yang aku nak nyanyi.

 salah stu lagu yang aku nak nyanyi ialah lagu tenda biru nyanyian dessy ratnasari. korang penah dengar x?? famous lagu ni dulu tau. say what!!?? TAK PENAH??!! memanglah korang ni x berjiwa klasik.ok2, aku bagi korang link lagu tu ey...

lagu tenda biru nyanyian dessy ratnasari

haa, ni pulak lagu yang aku jumpa sedang aku on search reseacrh aku. (tulis pnjng2 nak share ni je...haha) well, nak buat came, projek aku kan masih tertunda. nanti aku da start aku post la. kalo suke ke x suke ke korang boleh komen. aku nyanyi hanya  untuk suka-suka dan nak naikkan balik lagu-lagu lama je...but before that, enjoy this video.

Tuesday, September 13

facebook vs twitter


olla amigos,

al kisah on one fine day (da mcm story telling lah pulak), junior aku add dekat twitter. tapi sebenarnya kitorang dah friend pon kat fb. but thats not the point. the point yang aku nak cerita ialah pasal message yang dia hantar kat aku kata yang facebook ni lagi best dari twitter. soooooo,  hari ni aku nak cakap pasal perbezaan antara facebook dan twitter. sebelum tu mah kita amek tau sikit pasal history facebook dan twitter ni ok? mana tau korang nak guna buat masuk dalam karangan ke.... especially budak-budak yang still sekolah tu kan. xde lah tau main je. (yg da kje mne datang nk wt karangan ye dak? haha)

facebook diasaskan pada febuari 2004 oleh mark zukerberg yang merupakan pelajar universiti harvard dan pada januari 2011 terdapat kira-kira 600 juta pengguna aktif facebook di seluruh dunia. (info penuh >> link )
twitter  ialah website dimiliki dan dioperasikan oleh twitter inc yang menawarkan servis social netwoking dan microblogging (aku pon xtau hape kebende nye ini) yang membolehkan untuk menghantar dan membaca mesej yang digelar sebagai tweet (info penuh >> link). cukup lah sejarah tu. muak pulak korang baca banyak-banyak nanti. aku bagi basic je, nak tau penuh klik la kat link tu. amek kat wikipedia je pon. haha

okeylah. berbalik pada perbezaan antara facebook dan twitter. aku xnk cite pasal myspace ngn friendster dah sebab aku tau mane ade orang yang masih tergila-gila nak pasang menatang alah tu lagi dah. itu bukan trend di malaysia lagi. itu sudah di zaman "mesopotamia" dulu.

facebook. merupakan medium untuk berkawan dan mencari kawan. tapi kadang aku tengok ada budak-budak kat fb ni bukak pastu macam berlawan pulak dengan kawan-kawan diorang sapa lagi ramai kawan fb. kire macam nak bertanding sapa lagi famous dan ramai kawan antara diorang. dah sebab macam tu mulalah nak add, nak approve sapa-sapa je even diorang tak kenal. kalo tanya balik ntah agak berape kerat je la yg diorang betul-betul berkawan xtau lah. sekali tengok friend fb die smp 5K tapi xtau la orang yg add die or sebaliknye. pada aku kalo betol korang nak test korang ni famous ke tidak baik pegi daftar twitter, kat situ baru kita boleh nampak korang ni memang popular atau korang yang sebenarnya kejar popular tu. sebab orang yg korang follow belom tentu akan follow korang balik. kalo betol korang ni famous orang boleh tau dr tengok jumlah follower. sebagai contoh blogger of the year ni. even lisa surihani pon follow twitter dia. ini barulah betul-betul dikatakan famous amos. 




ini barulah dikatakan famous amos, lisa surihani pon follow babe



even forever alone guy pon ada follower kat twitter tau. jgn main2...haa

back to facebook, macam yang aku cakap ramai pengguna facebook ni suke add or approve orang yang diorang x kenal. kalo aku tanya korang agak-agak dalam berapa peratus je kawan facebook yang betul-betul korang kenal? aku percaya mesti peratus yang korang x kenal mencapai 30% atau mungkin lebih. aku pon bukanlah semua kawan facebook aku kenal kalo x kenal pon sebab diorang ni junior sekolah aku dan aku approve orang-orang yang aku x kenal cuma bila aku yakin selamat.dan aku juga nak nasihatkan adik-adik (yg x adk pon kdng same je... =.=") supaya berhati-hati kalo x korang boleh end up jadi macam kes kena santau pakai gambar facebook je yang tengah kecoh sekarang.


sebagai akhir kata (aku da xtau nk merepek ape da...) think before you post approve fb friend.
until next time. sekian

Monday, July 4

permainan kreatif budak-budak

olla amigos,

huaaa, dah lama rasa tak update blog....huhu. rinduuuu. aku sekarang tengah bizi kerja sempena cuti semesta jadi babysitter kat taska. sebab tu lame tak update. well, oleh sebab aku jaga budak so hari ni nak cerita pon pasal budak.

kanak-kanak, suatu zaman yang pernah dilalui oleh semua orang dan merupakan zaman yang mana semua orang ingin kembali menjalaninya. (perghhh, ayt karangan SPM lah...haha) waktu budak-budak memang best. hidup senang je, tak payah nak susah-susah pikir masalah, masalah kerjalah, cintalah, kawanlah, macam-macamlah. sebab tu semua orang bila tanya zaman mana diorang nak ulang balik mesti ada yang jawab zaman budak-budak. mana tidaknya, makan ada orang jaga, baju ada orang basuh, berak pon ada orang cebok, mandi ada orang mandikan. kerja diorang main, makan, tido, buang. itu jelah tiap-tiap hari.

aku kerja kat taska ni jaga budak range umor 1-2 tahun. so aktiviti harian diorang memang main je lah suka hati diorang. takde aktiviti belaja sangat sebab diorang ni cakap pon x pandai lagi. buat apa nak belaja ye x? tapi apa yang aku perasan (bukan perasan yg syok sendiri tu tau) budak-budak ni semua benda boleh jadi mainan diorang kan? hehehe (aku kecik2 dulu pon cm2 gk...ahaha). antara mainan yang zaman budak-budak aku dulu yang fungsi asal bukan mainan ialah:

1. cuit tiang
ni aku rasa kebiasaan mainan kat susur-susur gajah sekolah. unless sekolah korang xde susur gajah. siapa pencipta mainan ni aku sendiri xtau. yang aku tau masa tu main je. permainan ini adalah salah satu punca kekotoran pada kasut anak-anak anda sebenarnya...hahaha. permainan ni memerlukan 5 orang pemain untuk game kecik. tapi aku dan kawan-kawan aku dulu lagi advance dan buat permainan ni lebih besar dan meriah seramai 8 orang...haha. cara mainnya 4 orang budak akan berada jadi jaga kat tiang dan sorang budak akan cuba mencuit tiang tu sebelum jaga tak bertauliah ni. jaga-jaga praktikal ni boleh bertukar-tukar tiang antara sesama diorang. siapa yang gagal menjaga tiang yang akan jadi pencuri pulak lepas tu. dalam acara merebut tiang tu la kasut anak-anak anda terpijak sesama mereka dan akan menjadi mangsa bebel mak bapak bila balik rumah...muahaha

2.longkang
sememangnya kanak-kanak bermain apa saja.hahaha zaman aku sekolah dulu longkang pon boleh jadi main. ada siapa yg wondor x main camne?? ke ada yg da tau sebab diorang pon sama geng ngan aku kecik-kecik main longkang...heh game ni macam nak train budak untuk belajar menari. cuma bezanya ko lompat-lompat ke dalam dan luar longkang secara duo dengan member korang mengikut step yang telah ditetapkan oleh piawai dan sirim. (aku pon xtau sape yg spesifik kn step game ni..heh) dan siapa yang salah step akan terkeluar dari game dan dikira kalah. sepanjang bermain game ni ada lagu yang turut dinyanyikan seiriong dengan step-step dalam game ni. aku pon dah tak ingat macam mana lagu game ni...hahaha

3. tutup botol a.k.a tudung oren
dulu kecik-kecik mak aku kerja tukang masak kat kedai. kat kedai tempat mak aku keje tu ada jual air bikarbonat a.k.a air geh gas yang jenis dalam botol kaca dan penutup dia aluminium. kot? kat tempat aku game ni turut dipanggil tudung oren. sebabnya kebanyakkan air gas yang dijual tu air miranda oren. tu jadi tudung oren. bukan sebab time main tu kena pakai tudung oren!! xperlu sume tu. kitorang main dalam kelas je time cikgu tengah meeting or lambat datang kelas...ehehe. game yang tida limit pemain dan boleh dimain secara beregu dan perseorangan ini memerlukan sebanyak 5 err, keping?? tutup botol dan konsep mainnya lebih kurang macam main main batu seremban jugeklah.

lebih kurang cmni la botol tu. aku seach miranda dalam botol kaca kuar miranda kerr plak...haish

tu jelah kot, tak teringat pulak aku game kreatif ape lagi yang selalu main time kecik-kecik dulu. tapi serious kita time kecik-kecik sangat kreatif kan? bukan aku sorang je lah. it is one of the time we miss a lot dan kalo dapat patah balik memang best. err, macam familiar la ayat ni..hahaha

p/s: seronok gak jaga budak kat taska ni. tapi hope korang jangan banyak karenah sangat la. takot teacher termarah je...hukhuk

Saturday, June 11

blog famous dan blogger famous itu berbeza.

olla amigos,

sebelum ni aku penah tulis entry pasal how to be famous blogger dan aku juga komen aku nak blog aku jadi  famous amos dikenali ramai dan dibaca serta di komen. ok, aku x la tulis sedetail itu dalam harapan aku sebelum ni dan ramai yang mungkin salah faham. well, fahaman kita semua pon memang berbeza dan tak sama kan? pada pandangan aku blog famous dan blogger famous itu adalah sebenarnya berbeza. let's read peeps.


1. blog famous
firstly lets talk about famous blog. untuk blog famous ni sudah semestinya popular dan dikenali ramai atas sebab cara penulisan yang disukai ramai. orang datang blog dia untuk baca apa yang ditulis dan orang follow blog tu sebab nak baca lagi apa yang blogger ni tulis. kebiasaannya tiada paksaan dalam follow memfollow sebab orang follow secara sukarela. mereka ini juga kebiasaannya menulis blog dengan hati yang tulus ikhlas lahir dari hati yang suci dan bukan untuk kejar famous amos dan tidak mengamalkan "i follow u, follow balik" malah famous yang diorang dapat tu macam kata fafau, "jangan kejar populariti, biar populariti yang kejar kita".

2. blogger famous
jenis kedua ini biasanya blog diorang famous sebab populariti yang ada pada diri diorang. blog yang semacam ini biasanya menceritakan hal-hal peribadi dan apa yang mereka buat setiap hari dan di follow oleh peminat diorang yang nak tau pekembangan dan penguncupan mereka setiap hari. selebritas je yang boleh buat camni dan ramai follower kot.

tapi dalam dunia blog ini juga ada insan-insan yang hanya kejar nak jadi famous dan buat macam-macam perkara yang boleh mengundang raai orang untuk datang tengok blog diorang seperti membuka pekung di dada menceritakan aib sendiri, ada juga yang jenis copy and paste je entry dia dari blog orang lain dan ada juga yang jenis dapat rami follower dengan menghentam orang-orang yang lebih famous. ini pada aku yang dinamakan instant famous which is x kekal lama. (betol ke aku eja 2..erkk) blog diorang ni biasanya hanya akan panas seperti mana instant megi jugek. sekejap je. lepas tu xde dah la orang datang baca.

kalo aku, aku nak jadi macam jenis yang pertama. itu adalah goal aku. sebab pada aku kalo blog kita famous, maknanya orang suka dengan cara kita tulis dan apa yang kita tulis. kira kalo famous tu macam achievement lah. bukan aku yang nak famous dan dikenali orang. kalo itu yang aku nak, mestilah sejak dari awal lagi aku buat blog ni, aku dah pakai nama betul aku dan letak fb batch sapa aku kat fb. senang sikit orang nak cari. baru betul famous amos de la rossa. ye x? yang aku nak ialah blog ni yang famous. i mean orang suka dengan penulisan aku. dan aku juga x amalkan "i follow u, follow balik". bukan nye aku nak kondem. u can use is as long as u like it. dan aku juga jarang mengomen kat blog orang. sebab aku xtau apa yang patut aku komen supaya orang x butthurt or xtau apa yang menarik untuk dikomen. i'm kindda silent reader. unless it really attract me.dan aku tau ramai yang datang tengok entry aku tu dah salah faham dengan aku (padahal yang komennya 7 orang je...tu pon dah touching...huhu). aku ikhlas dalam tulis blog ni. terpulang pada pembaca untuk percaya atau tak. mungkin juga ada yang aku ni x layak tulis pasal famous ni sebab blog aku pon masih baru dan xde orang kenal pon lagi. n i'm sorry for this entry is dah bercampur antara pendapat dan perasaan aku sendiri. well, no one perfect


p/s: aku nak blog aku famos...bukan aku lah...huhu it is an achievement for this blog. not me. =.="

Tuesday, June 7

perempuan itu sebenarnya nakal

olla amigos,

hari ni aku nak sentuh cerita pasal perhubungan. bukan connection tapi relation. yes, relationship. to be specific aku nak cerita pasal perempuan sendiri dalam perhubungan. korang bese x tengok note-note kat facebook or  entry-entry kat mane-mane blog lah yang cerita pasal tanda-tanda perempuan jatuh cinta. mesti penah kan? kan2? korang perasan tak salah satu daripada note tu mesti cakap lebih kurang camni. "walaupun perempuan tu keluar dengan lelaki  lain, mesti still akan memikirkan lelaki yang dia suka". pernah dengar? pernah baca? pernah wonder maksud frasa ni?


gambar adalah hiasan semata (mcm ayt majalah plak..haha)


let me tell u a secret. macam apa yanrg aku tulis kat tajuk kat atas tu, perempuan ni sebenarnya nakal. x caya? betol...x tipu...tapi ini untuk kes-kes gadis yang belum berkahwin dan belum betul-betul serious nak kahwin dengan pasangan laa. (dah seyes nk kwen pon kdng noty gk...tp sket je la..haha) and satu lagi kalo yang jenis bercinto jarak jauh. memang dia buat nakal. x caya jugak? x caya jangan tanya awek korang. sebab diorang x akan ngaku punya...giler kau nak ngaku...heh.

perempuan ni seperti yang kita tau insan yang lemah dan manja. yang jenis pakwe dekat boleh la nak manja-manja dengan pakwe. yang jauh tu dapat tepon je laa... jadi biasanya diorang ni biasanya suka bergurau dengan guys especially kawan-kawan diorang or someone yang had crush on them. gurau yang biasa keluar ialah mintak belanja lah. bagi yang bukan kaki kikis ini memang gurauan yang betul-betul gurauan. bagi yang betul-betul setia dengan pakwe dan komited dan berjanji untuk kahwin, it ends here. tapi bagi yang puppy love atau cinta monyet ni or yang bercinta secara x serius ni memang gurauan, tapi kalo orang betul nak belanja apalah salahnya. so, awek-awek anda akan keluar dengan kawan diorang ni untuk dibelanja. macam tu je biasanya. but ofcoz as a friend lah dan diorang xkan keluar cuma berdua. kecuali kalau korang tau awek korang ni jenis tukar pakwe 3 bulan sekali, so this is bibit-bibit kecurangan mereka...muahaha and there will be another "meeting" set up for the next time berdua sahaja. well, berdua lebih baik kan bak kata acar buah acha septriasa...hoho jadi untuk pakwe-pakwe yang diluar sana. kenal pasti awek jenis apakah makwe korang tu. itu jelah kot yang aku nak cakap. to girl out there, jangan marah aku untuk bocor kan rahshia ini. i just want to save a relationship. till then, bubye.


p/s: entry ini tidak terpakai untuk gadis-gadis geng surau tudung labuh. sebab diorang bercinto pon tidak. camno nak nakal kan...haha