kaizoku treasure

Friday, May 27

things i hate bout facebook #1

olla amigos,

hari ni nak cakap pasal facebook. sume orang ade facebook or nick name die fb. ok2 x sume orang ada fb. tapi purata kn?? sampai anak sedara aku yang baru umur berapa pon sibok nak bukak fb. kalo ada internet dekat rumah xpe la jugek. ni xde. da kompom-kompom kena pegi cyber kafir cafe untuk melampiaskan nafsu berfacebooking tu kan. ok. xmo entry panjang-panjang. just nak cakap ada la beberapa benda dalam fb ni yang mula menyampahkan aku.

korang pernah tak ada kawan-kawan yang join contest fanpage  mana-mana untuk menang hadiah?? mesti penah kan?? xkan lah b'ribu-ribu kawan korang xde sorang pon yang pernah join contest camtu...

bila dah join contest camtu diorang ni mesti nak kumpul like terbanyak kan?? kompom mintak tolong korang untuk sebagai kawan-kawan sejati (sejati lah sangat...) untuk tolong like. well aku pon penah je tolong kawan-kawan aku untuk benda-benda camni. yang aku meluatnya bila aku tiba-tiba dapat message fb mintak tolong like gamba dia yang aku x kenal pon sape. bukan setakat tu, mutual friend pon xde. adakah meraka ini terlalu despeardo untuk menang contest sampai mintak tolong dari orang yang diorang x kenal?? korang pikir la sendiri. bak kata nabil "lu pikir la sendiri". till then, bubye.


remain unchange

olla amigos,

aku sekarang tengah dalam usaha cari kerja. bukan nak cerita pengalamn aku cari kerja pon, xde apa yang menarik pon. cuma nak mengeluh dengan keadaan pekerjaan. bukan apa, cari kerja tu x susah. yang susah tu orang nak amek kite kerja. macam aku, aku xde masalah dalam interview sebab aku seorang yang banyak cakap dan sikit xtau malu, jadi interviewer besa suka dengan aku (bukan nak masok bakul ni tau). TAPI , (haa ade tapi plak tau) diorang macam berat nak amek aku kerja sebab aku xde kenderaan. aku ni bukan orang senang, belajar pon harap pinjaman dari PTPTipu, kalo parent aku memang x dpt la sambung universiti. sebab tu lah cuti semesta aku niat nak kerja so ringan la sikit beban bila masuk sem baru nanti. tapi da kalo aku ni orang susah macamana nak ada kenderaan sendiri bila blom kerja lagi dan itu plak jadi punca kenapa aku susah untuk diterima bekerja. so how can i improve myself??? pikir pulak orang yang lagi susah dari aku. kalo macam ni lah keadaan bidang pekerjaan malaysia memang lah yang senang makin senang dan yang susah bukan setakat kekal susah, malah makin susah. aku rasa tu jelah yang aku nak mengeluh malam ni. till then, bubye.

p/s: doa-doa la mudah aku dapat kerja dalam cuti sem ni...huhu

Sunday, May 22

how to be famous woman blogger

olla amigos,

baru-baru ni aku ade baca entry panda / arcx13 pasal macam mana nak jadi blogger perempuan yang famousa de la rosa. kalo ikot panda cakap ada 3 cara untuk jadi famous blogger perempuan.
sebelum ni pon kawan aku yang merupakan blogger boy penah cakap kat aku "perempuan kalo nak femes dlm blogging senang je...jadilah camwhore...buat muka cute, tangkap gambar banyak-banyak pastu buat entry, famous lah nanti" well aku admit agak ramai blogger perempuan yang aku jumpa ramai follower base on benda-benda camni. ramai antara diorang yang bermodalkan muka cantik buat blog, tapi ada jugak yang muka cantik buat blog tidak berasaskan muka diorang. camne buat blog berasaskan or tak berasaskan muka tuh?? apa aku merekep kerepek ni...ahaha

blog berasaskan muka. senang je kalo korang nak jadi femes dalam dunia blog pakai kaedah ni. syarat pertama ialah korang kena cantik. da cantik? bagus. (untungla~~) kalo belom pegi buat facial ke apa dulu. balik rumah tepek tepong gomak bedak sejuk banyak-banyak and kalo rasa x cukup buat boleh buat plastik surgery. itupon kalo mampulah. kalo dah rasa cantek pastikan pulek korang ade duit. sebab korang kena shopping banyak-banyaaaak...nak beli baju cantik-cantik, nak pakai pastu tangkap gambar sambil buat muka comel then upload kat blog cerita apa yang korang dah buat sapanjang hari tu...senang kan? nanti ramai la follow sebab nak belajar jadi cantik macam korang. dan mungkin ramai juga haters yang follow korang sebab nak kutuk korang.

yang ni pulek cara susah, cara klasik. tulis entry dengan cara yang paaaaaling menarik. tarik pembaca melalui cara tulisan korang. dan aku rasa most of famous blogger tulis entry pasal isu semasa, or isu-isu menarik dengan cara penulisan yang menarik minat pembaca lain untuk baca entry korang. most of them ni xde pon letak gamba banyak perasan comel dan buat blog diorang tu macam diari peribadi. ni la cara yang aku suka, yang aku nak contohi untuk jadi blogger. ye lah, aku bukannya cantik pon, orang susah pulak tu. memang x la nak pakai kaedah yang kat atas tu. tapi bukan sebab tu je lah. memang bukan cara aku pon. cuma kadang-kadang mungkin aku pon guna blog aku ni untuk luah perasaan (mostly marah n x puas hati la kan...). tu aku mintak maap lah. tak sedor.

semoga aku berjaya jadi blogger yang berjaya hasil usaha penulisan tangan aku sendiri. bukan jual rupa. kalo ada siapa-siapa yang touching dengan kata-kata kau mintak maap lah. aku cuma bagi pendapat aku. tak benci pon. till then, bubye.

Wednesday, May 18

perkara boleh dibuat ketika cuti...

olla amigos...

topik yang aku nak cakap hari ni ialah aktiviti ketika cuti. (mentang2 la cuti 4 bln kn...ngeh3) tapi aku bukan nak cakap sebab aku je cuti. ramai lagi golongan pelajar yang tengah cuti sekarang macam budak-budak lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan matrikulasi, lepasan kandang (erkk, t'lebih sudeh...ehehe) dan sudah semestinya pelajar universitas seperti aku. apa yang patut korang buat time coti yang panjaaaaannnnnnnnggggggggggggg ni?? lama tu nak tunggu bulan 9....(kemain tulis "pnjng"..haha) jadi dengan ini aku terpanggil untuk berkongsi cadangan dan pendapat dengan korang tentang apa yang korang boleh buat masa cuti ni walaupon aku rasa korang pon boleh je pikir sendiri cadangan-cadangan yang aku bagi ni...(intro aku pon da same panjanggggg je aku rasa...ahaha)


1.bercuti-cuti malaysia
pilihan pertama yang aku bagi ni hanya terpakai untuk mereka-mereka yang beruang berwang. ye lah, ko nak bercuti camne kalo xde duit, ye dop?? biarpon ko tonton "Destinasi budget" oleh Qi yang santai (pakwe yuna da ko..melepas...hukhuk) berpaksikan budget sekitar rm300. tapi 300 itu tatap duit, tak jatuh dari langit, tak tumbuh macam pokok duit-duit, mahupon seperti ko menghasilkan saliva/air liur. so, yang ada duit, mak bapak kerje cop duit silalah bercuti. ape?? tak nak kat Malaysia?? owh, pegi la mane ko nak pegi, bukan setakat bulan, matahari pon boleh. kemana pon korang nak pegi bercuti, nasihat aku ialah jaga diri korang jangan malukan nama korang sendiri dengan buang sampah merata, berkelakuan kurang sopan. ingatlah korang bawak nama mak pak korang walaupon korang tak bawak diorang oliday ngn korang. nanti orang tengok kelaku korang nama mak pak korang jugek yang kene kait. tak memasal.


2. bekerja sambilan
haa, ni satu lagi benda yang korang buleh buat, kerja sambilan. ni lah masa korang nak kutip pengalaman sebelum kerja betul-betul dalam bidang korang nak. banyak kerja yang korang boleh cari sementara nak abes cuti. pilih je kerja ape yang korang nak. cashier, sales girl, restoran fast food (KFC, mcD yang mcm tu lah..), kadai makan dan macam-macam lagi. aku sendiri pernah kerja jadi cashier pasaraya. dapat lah ringan sikit beban mak ayah tanggung bila masuk semesta baru nanti. mungkin ade yang cakap kalo dah kerja ni, dah pegang duit sendiri mesti dah malas nak belajar. meh sini aku tanya korang. meh la dekat sikit... toksah nak malu-malulah. korang yang da kerja sambilan jadi kuli orang buat kerja berat-berat seronok ke?? best ke?? berbaloi x korang rasa dengan gaji korang dapat?? kalo tak best, tak bebaloi. korang anggap la kerja yang korang buat tu sebagai pengalaman...cari duit tambahan. nanti belajarlah elok-elok so korang dapat kerja yang jaooooh lebih baik, gaji yang lagi best dari kerja sambilan tuh. tak payahlah dah dapat kerja sambilan tu sibok cakap kat mak nak berhenti belajar sebab dah syok dapat pegang duit sendiri.anggap je macam pengalaman korang sebelum keluar betul-betul dalam bidang pekerjaan.







3. baby sitter anak kakak sendiri / anak sedara
haa, ni sangat common untuk para gadis yang ada abang-abang dan akak-akak yang dah kawen. kot (aku slalu kena, tolong ckp ini juga common pada korang...) esspacially anak bongsu. sebab apa?? sebabnya mak or bapak korang yang risau anak bongsu dia sendirian. bahaya. jadi cara selamat biasanyanya bagi anak diorang ni jadi baby sitter duduk rumah je. tak lah risau jadi apa-apa kat anak kecik diorang kan....(kecik la sangat...haha)


4. amek kelas memandu
yang ni memang common bagi budak-budak yang tengah cuti terutama lepasan SPM. ye lah, umor
baru lepas requirement untuk lesen lah katakan. time ni lah nak belajar kereta. dah tua terbongkok-bongkok nanti malu pulak kalau baru nak belajar kereta. iyelah, tangan nak start enjin pon terketar-ketar sebab parkinson. (bukan niat nak rendahkan ok, jgn slah sangka) cikgu mengajar pon bengang je. chillex lah. aku cakap ade sebab okey. bukan kita yang pikir camtu, tapi diorang sendiri. my own mom xde lesen tapi dia x mau belajar sebab dia kata dia dah tua. nak start enjin pon lama nanti. so while young, let's rock the world!!! eyh salah, jom belajar memandu. then kita boleh rock the world babeh!!!


5. jadi assistant mak korang a.k.a suri rumah
yang ni choice untuk perempuan, tapi lelaki pon tak ada masalah kalo nak belajar jugek. time korang hidup bujang nanti boleh la masak sedap-sedap siket tak ada lah makan megi or masak kat mamak je kan...hehe. tapi perempuan yang tak reti masak tu belajar-belajar lah masak. nanti pergi rumah mak mertua senang. tak ada lah malu dekat mak mentua tak reti masak. dia pon senang hati rasa tau anak dia makan sedap. bukan makan sardin hari-hari. lama-lama muka pon boleh jadi sardin tau!! mak aku cakap kalo da kahwin nanti masak kat rumah jangan makan kat luar selalu sebab air tangan tu yang mengikat hubungan suami isteri, hubungan kekeluargaan. bukan mak aku je cakap tau ustaz fadhillah kamtumi kamsah pon cakap camtu. so nasihat aku kalo korang malas nak kerja, bawak-bawak lah ringankan tulang korang tu tolong mak masak kat dapur. ada gak faedah.





6. blogging + blogwalking
dunia semakin maju. teknologi berkembang dan, err dan... aahh malas nak mengarut dah. sekarang kan berblogging tu da macam trend. benda ni bagus and offcoz (tbe2 x reti eja...) ada gak yang x bagus. tapi kita amek yang bagus je lah. yang x bagus jangan ikut. jadikan sempadan. malas cakap pasal ni lebih-lebih sebab korang sendiri agaknya lagi lama dah jadi blogger dari aku.


so kat sini aku nak cakap isi lah cuti anda yang lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah. till then, see you next time...bubye.



p/s: pesanan ini hanya terpakai untuk mereka2 yang hanya akan kembali semula pada bulan 9. u yg cuti sebulan je jgn jeles...ngeh3

Monday, May 16

hari guru itu hari hadiah??

olla amigos....

hari ni isnin, 16 mei apa yang korang kat luar sana buat pada hari ni?? apa?? ooo, kat sekolah buat sambutan hari guru. bagi hadiah kat cikgu korang. sukaneka. tu je yang korang buat hari guru ni??  korang tau x apa sebenarnya yang diorang harap daripada korang sebenarnya??

kat malaysia ni kerja cikgu di anggap satu kerja yang mulia, mak-mak zaman dulu kalau tanya diorang nak anak kerja apa biasa mak-mak jawab kerja cikgu lah. jaranglah mak-mak zaman dulu jawab nak anak kerja CEO,COO ataupon D.O tiba-tiba kan?

cikgu...bangun pagi-pagi (kalo sekolah pagi lah) dah kena siap pergi sekolah mengajar. mesti boring tiap-tiap tahun mengajar benda yang sama je kat budak-budak. iye ke?? kalo korang tanya cikgu diorang cakap jadi cikgu ni tak boring... sebab?? sikap anak murid yang macam-macam dia jumpa. tiap-tiap tahun pulak boleh dapat hadiah macam-macam dari anak murid..ngeh3 tapi tu ke yang dia nak?? cikgu x penah mintak pon kat korang bagi semua benda tu kat dia. dia x kesah pon sebenarnya. yang dia harap cuma ucapan terima kasih dari korang dan kejayaan korang dapat kecap nanti. (kemain pakai word "kecap". mcm wt essai...haha) lagipon aku tanya korang ni, hadiah yang korang bagi kat cikgu-cikgu tu tujuan ape?? terima kasih?? pernah tak korang pikir hadiah korang bagi kat cikgu tu bukannya tanda terima kasih dari korang pon. woo2. jangan lah marah kat aku. betol apa. bukan pakai duit korang pon kan?? kalo korang betul-betul nak ucap terima kasih kat cikgu korang ucaplah dengan seikhlas mungkin pada diorang. dan kalo korang nak bagi hadiah kat diorang gunalah hasil usaha korang sendiri, bukan duit mak ayah korang. barulah betul cikgu korang merasa duit kejayaan korang hasil penat lelah diorang ajar korang dulu. pada aku ini barulah betul-betul balas jasa dan bagi diorang tengok sendiri hasil didikan diorang. betol x?? tu je lah kot. pendapat lain pasal hari guru aku cerita tahun depan pulak. cerita semua tahun ni panjang sangat pulak. pastu nantu tahun depan dah xde idea pulak nanti.haha

okey lah, till then, bubye

p/s: selamat hari guru diucapkan untuk mak abah n semua cikgu-cikgu yang penah mengajar saya secara langsung ataupon x langsung. terima kasih untuk jasa yg pernah anda semua curah.

Saturday, May 14

terlupe pulek...

aku lupe nk bagi tau, esok aku balik pahang tau. limo amek?? xde la...naik "lambat" express je...
disebabkan bas itu sangat "laju" menghampiri kelajuan cahaya jadi aku mungkin tak sempat update blog besok.
unless bas rosak tengah jalan macam hari tu. haa, aku update la dalam tunggu savior sampai.

kalo ada rezeki aku update la blog. kot la aku pegi makan dulu before balik rumah ke. sempat la kot. aku orang kampung je. takde tenet kat rumah aku. so weekend ni aku tidak akan update dan hanya akan update blog weekday (hari keje la tu....) till next time, see ya guys....daaa~~

mood: x sabar nk jmp mak...ngeee~~

4 bulan....

pagi tadi last paper aku untuk sem ni...agensi dan pemasaran harta tanah. 3 credit. fuhhh....lega rasa...

so aku pon balik dengan senang hati selepas membusung perot dengan nasi putih bersayurkan ulan salom, berlaukkan ikan bakr dan air asam...emmmm~~ sedappppnyeeeeee~~ (sje jeleskan korg, muahaha. terliur x?? ngeh3). sampai dekat rumah sewa berangan la nk hupdate blog yang tersayang ni selepas selesai perjuangan seperti yang aku nekadkan sebelum ni. tengah dok semangat nak update bukak2 dashboard tibe-tibe!!!

hamek kau...patah semangat aku jap...naseb sekejap


bukak tutup balik, refresh balik, da buleh...yay...

abes tu ape kene mengena dengan 4 bulan?? haaa, meh sini dekat sikit...nk cakap ni....aku cuti sem 4 bulan....(bc ngn suara separa b'bisik...=p) korang ingat apa??!! aku ngandung ke??!! huish!!! ade kesitu plak dah...x kawin lagi lah. pah bedah ni...

hmmm...ape nk buat cuti 4 bln ni ek.*wonder* korang ade cadangan x?? keje pon menarik jugek kan...hehe dapat tambah income... but dont worry aku xkan abaikan belog ni...lepas ni nak update selalu. ade idea je aku huupdate...promise!!

p/s: ade sape2 nk bagi aku keje x?? hehe