kaizoku treasure

Wednesday, May 18

perkara boleh dibuat ketika cuti...

olla amigos...

topik yang aku nak cakap hari ni ialah aktiviti ketika cuti. (mentang2 la cuti 4 bln kn...ngeh3) tapi aku bukan nak cakap sebab aku je cuti. ramai lagi golongan pelajar yang tengah cuti sekarang macam budak-budak lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan matrikulasi, lepasan kandang (erkk, t'lebih sudeh...ehehe) dan sudah semestinya pelajar universitas seperti aku. apa yang patut korang buat time coti yang panjaaaaannnnnnnnggggggggggggg ni?? lama tu nak tunggu bulan 9....(kemain tulis "pnjng"..haha) jadi dengan ini aku terpanggil untuk berkongsi cadangan dan pendapat dengan korang tentang apa yang korang boleh buat masa cuti ni walaupon aku rasa korang pon boleh je pikir sendiri cadangan-cadangan yang aku bagi ni...(intro aku pon da same panjanggggg je aku rasa...ahaha)


1.bercuti-cuti malaysia
pilihan pertama yang aku bagi ni hanya terpakai untuk mereka-mereka yang beruang berwang. ye lah, ko nak bercuti camne kalo xde duit, ye dop?? biarpon ko tonton "Destinasi budget" oleh Qi yang santai (pakwe yuna da ko..melepas...hukhuk) berpaksikan budget sekitar rm300. tapi 300 itu tatap duit, tak jatuh dari langit, tak tumbuh macam pokok duit-duit, mahupon seperti ko menghasilkan saliva/air liur. so, yang ada duit, mak bapak kerje cop duit silalah bercuti. ape?? tak nak kat Malaysia?? owh, pegi la mane ko nak pegi, bukan setakat bulan, matahari pon boleh. kemana pon korang nak pegi bercuti, nasihat aku ialah jaga diri korang jangan malukan nama korang sendiri dengan buang sampah merata, berkelakuan kurang sopan. ingatlah korang bawak nama mak pak korang walaupon korang tak bawak diorang oliday ngn korang. nanti orang tengok kelaku korang nama mak pak korang jugek yang kene kait. tak memasal.


2. bekerja sambilan
haa, ni satu lagi benda yang korang buleh buat, kerja sambilan. ni lah masa korang nak kutip pengalaman sebelum kerja betul-betul dalam bidang korang nak. banyak kerja yang korang boleh cari sementara nak abes cuti. pilih je kerja ape yang korang nak. cashier, sales girl, restoran fast food (KFC, mcD yang mcm tu lah..), kadai makan dan macam-macam lagi. aku sendiri pernah kerja jadi cashier pasaraya. dapat lah ringan sikit beban mak ayah tanggung bila masuk semesta baru nanti. mungkin ade yang cakap kalo dah kerja ni, dah pegang duit sendiri mesti dah malas nak belajar. meh sini aku tanya korang. meh la dekat sikit... toksah nak malu-malulah. korang yang da kerja sambilan jadi kuli orang buat kerja berat-berat seronok ke?? best ke?? berbaloi x korang rasa dengan gaji korang dapat?? kalo tak best, tak bebaloi. korang anggap la kerja yang korang buat tu sebagai pengalaman...cari duit tambahan. nanti belajarlah elok-elok so korang dapat kerja yang jaooooh lebih baik, gaji yang lagi best dari kerja sambilan tuh. tak payahlah dah dapat kerja sambilan tu sibok cakap kat mak nak berhenti belajar sebab dah syok dapat pegang duit sendiri.anggap je macam pengalaman korang sebelum keluar betul-betul dalam bidang pekerjaan.







3. baby sitter anak kakak sendiri / anak sedara
haa, ni sangat common untuk para gadis yang ada abang-abang dan akak-akak yang dah kawen. kot (aku slalu kena, tolong ckp ini juga common pada korang...) esspacially anak bongsu. sebab apa?? sebabnya mak or bapak korang yang risau anak bongsu dia sendirian. bahaya. jadi cara selamat biasanyanya bagi anak diorang ni jadi baby sitter duduk rumah je. tak lah risau jadi apa-apa kat anak kecik diorang kan....(kecik la sangat...haha)


4. amek kelas memandu
yang ni memang common bagi budak-budak yang tengah cuti terutama lepasan SPM. ye lah, umor
baru lepas requirement untuk lesen lah katakan. time ni lah nak belajar kereta. dah tua terbongkok-bongkok nanti malu pulak kalau baru nak belajar kereta. iyelah, tangan nak start enjin pon terketar-ketar sebab parkinson. (bukan niat nak rendahkan ok, jgn slah sangka) cikgu mengajar pon bengang je. chillex lah. aku cakap ade sebab okey. bukan kita yang pikir camtu, tapi diorang sendiri. my own mom xde lesen tapi dia x mau belajar sebab dia kata dia dah tua. nak start enjin pon lama nanti. so while young, let's rock the world!!! eyh salah, jom belajar memandu. then kita boleh rock the world babeh!!!


5. jadi assistant mak korang a.k.a suri rumah
yang ni choice untuk perempuan, tapi lelaki pon tak ada masalah kalo nak belajar jugek. time korang hidup bujang nanti boleh la masak sedap-sedap siket tak ada lah makan megi or masak kat mamak je kan...hehe. tapi perempuan yang tak reti masak tu belajar-belajar lah masak. nanti pergi rumah mak mertua senang. tak ada lah malu dekat mak mentua tak reti masak. dia pon senang hati rasa tau anak dia makan sedap. bukan makan sardin hari-hari. lama-lama muka pon boleh jadi sardin tau!! mak aku cakap kalo da kahwin nanti masak kat rumah jangan makan kat luar selalu sebab air tangan tu yang mengikat hubungan suami isteri, hubungan kekeluargaan. bukan mak aku je cakap tau ustaz fadhillah kamtumi kamsah pon cakap camtu. so nasihat aku kalo korang malas nak kerja, bawak-bawak lah ringankan tulang korang tu tolong mak masak kat dapur. ada gak faedah.





6. blogging + blogwalking
dunia semakin maju. teknologi berkembang dan, err dan... aahh malas nak mengarut dah. sekarang kan berblogging tu da macam trend. benda ni bagus and offcoz (tbe2 x reti eja...) ada gak yang x bagus. tapi kita amek yang bagus je lah. yang x bagus jangan ikut. jadikan sempadan. malas cakap pasal ni lebih-lebih sebab korang sendiri agaknya lagi lama dah jadi blogger dari aku.


so kat sini aku nak cakap isi lah cuti anda yang lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah. till then, see you next time...bubye.



p/s: pesanan ini hanya terpakai untuk mereka2 yang hanya akan kembali semula pada bulan 9. u yg cuti sebulan je jgn jeles...ngeh3

No comments:

Post a Comment