olla amigos....
hari ni isnin, 16 mei apa yang korang kat luar sana buat pada hari ni?? apa?? ooo, kat sekolah buat sambutan hari guru. bagi hadiah kat cikgu korang. sukaneka. tu je yang korang buat hari guru ni?? korang tau x apa sebenarnya yang diorang harap daripada korang sebenarnya??
kat malaysia ni kerja cikgu di anggap satu kerja yang mulia, mak-mak zaman dulu kalau tanya diorang nak anak kerja apa biasa mak-mak jawab kerja cikgu lah. jaranglah mak-mak zaman dulu jawab nak anak kerja CEO,COO ataupon D.O tiba-tiba kan?
cikgu...bangun pagi-pagi (kalo sekolah pagi lah) dah kena siap pergi sekolah mengajar. mesti boring tiap-tiap tahun mengajar benda yang sama je kat budak-budak. iye ke?? kalo korang tanya cikgu diorang cakap jadi cikgu ni tak boring... sebab?? sikap anak murid yang macam-macam dia jumpa. tiap-tiap tahun pulak boleh dapat hadiah macam-macam dari anak murid..ngeh3 tapi tu ke yang dia nak?? cikgu x penah mintak pon kat korang bagi semua benda tu kat dia. dia x kesah pon sebenarnya. yang dia harap cuma ucapan terima kasih dari korang dan kejayaan korang dapat kecap nanti. (kemain pakai word "kecap". mcm wt essai...haha) lagipon aku tanya korang ni, hadiah yang korang bagi kat cikgu-cikgu tu tujuan ape?? terima kasih?? pernah tak korang pikir hadiah korang bagi kat cikgu tu bukannya tanda terima kasih dari korang pon. woo2. jangan lah marah kat aku. betol apa. bukan pakai duit korang pon kan?? kalo korang betul-betul nak ucap terima kasih kat cikgu korang ucaplah dengan seikhlas mungkin pada diorang. dan kalo korang nak bagi hadiah kat diorang gunalah hasil usaha korang sendiri, bukan duit mak ayah korang. barulah betul cikgu korang merasa duit kejayaan korang hasil penat lelah diorang ajar korang dulu. pada aku ini barulah betul-betul balas jasa dan bagi diorang tengok sendiri hasil didikan diorang. betol x?? tu je lah kot. pendapat lain pasal hari guru aku cerita tahun depan pulak. cerita semua tahun ni panjang sangat pulak. pastu nantu tahun depan dah xde idea pulak nanti.haha
okey lah, till then, bubye
p/s: selamat hari guru diucapkan untuk mak abah n semua cikgu-cikgu yang penah mengajar saya secara langsung ataupon x langsung. terima kasih untuk jasa yg pernah anda semua curah.
No comments:
Post a Comment