kaizoku treasure

Sunday, October 2

tenda biru

 olla amigos,


lama dah aku tak tulis entry kan? ada orang rindu tak? mesti xde kan...huhu. kami tau la, orang x kenai kami...kami bukan blogger famous pon...hukhuk (dduk kat bucu smbil kuis tanah dgn jari).

aaahhh, lupakan itu. aku sekarang ade plan untuk but cover untuk lagu-lagu klasik dan lagu-lagu lama. anak muda sekarang kan ramai yang buat cover lagu modern carta billboard je kan...jaga tanya suara aku sedap ke tak...nanti korang nilai sendiri. kalo tak sedap aku x sambung projek aku. tapi buat setakat ni aku x boleh buat lagi coz handset masuk hospital aku cuma buat reseanrsh je sekarang untuk lagu-lagu yang aku nak nyanyi.

 salah stu lagu yang aku nak nyanyi ialah lagu tenda biru nyanyian dessy ratnasari. korang penah dengar x?? famous lagu ni dulu tau. say what!!?? TAK PENAH??!! memanglah korang ni x berjiwa klasik.ok2, aku bagi korang link lagu tu ey...

lagu tenda biru nyanyian dessy ratnasari

haa, ni pulak lagu yang aku jumpa sedang aku on search reseacrh aku. (tulis pnjng2 nak share ni je...haha) well, nak buat came, projek aku kan masih tertunda. nanti aku da start aku post la. kalo suke ke x suke ke korang boleh komen. aku nyanyi hanya  untuk suka-suka dan nak naikkan balik lagu-lagu lama je...but before that, enjoy this video.

Tuesday, September 13

facebook vs twitter


olla amigos,

al kisah on one fine day (da mcm story telling lah pulak), junior aku add dekat twitter. tapi sebenarnya kitorang dah friend pon kat fb. but thats not the point. the point yang aku nak cerita ialah pasal message yang dia hantar kat aku kata yang facebook ni lagi best dari twitter. soooooo,  hari ni aku nak cakap pasal perbezaan antara facebook dan twitter. sebelum tu mah kita amek tau sikit pasal history facebook dan twitter ni ok? mana tau korang nak guna buat masuk dalam karangan ke.... especially budak-budak yang still sekolah tu kan. xde lah tau main je. (yg da kje mne datang nk wt karangan ye dak? haha)

facebook diasaskan pada febuari 2004 oleh mark zukerberg yang merupakan pelajar universiti harvard dan pada januari 2011 terdapat kira-kira 600 juta pengguna aktif facebook di seluruh dunia. (info penuh >> link )
twitter  ialah website dimiliki dan dioperasikan oleh twitter inc yang menawarkan servis social netwoking dan microblogging (aku pon xtau hape kebende nye ini) yang membolehkan untuk menghantar dan membaca mesej yang digelar sebagai tweet (info penuh >> link). cukup lah sejarah tu. muak pulak korang baca banyak-banyak nanti. aku bagi basic je, nak tau penuh klik la kat link tu. amek kat wikipedia je pon. haha

okeylah. berbalik pada perbezaan antara facebook dan twitter. aku xnk cite pasal myspace ngn friendster dah sebab aku tau mane ade orang yang masih tergila-gila nak pasang menatang alah tu lagi dah. itu bukan trend di malaysia lagi. itu sudah di zaman "mesopotamia" dulu.

facebook. merupakan medium untuk berkawan dan mencari kawan. tapi kadang aku tengok ada budak-budak kat fb ni bukak pastu macam berlawan pulak dengan kawan-kawan diorang sapa lagi ramai kawan fb. kire macam nak bertanding sapa lagi famous dan ramai kawan antara diorang. dah sebab macam tu mulalah nak add, nak approve sapa-sapa je even diorang tak kenal. kalo tanya balik ntah agak berape kerat je la yg diorang betul-betul berkawan xtau lah. sekali tengok friend fb die smp 5K tapi xtau la orang yg add die or sebaliknye. pada aku kalo betol korang nak test korang ni famous ke tidak baik pegi daftar twitter, kat situ baru kita boleh nampak korang ni memang popular atau korang yang sebenarnya kejar popular tu. sebab orang yg korang follow belom tentu akan follow korang balik. kalo betol korang ni famous orang boleh tau dr tengok jumlah follower. sebagai contoh blogger of the year ni. even lisa surihani pon follow twitter dia. ini barulah betul-betul dikatakan famous amos. 




ini barulah dikatakan famous amos, lisa surihani pon follow babe



even forever alone guy pon ada follower kat twitter tau. jgn main2...haa

back to facebook, macam yang aku cakap ramai pengguna facebook ni suke add or approve orang yang diorang x kenal. kalo aku tanya korang agak-agak dalam berapa peratus je kawan facebook yang betul-betul korang kenal? aku percaya mesti peratus yang korang x kenal mencapai 30% atau mungkin lebih. aku pon bukanlah semua kawan facebook aku kenal kalo x kenal pon sebab diorang ni junior sekolah aku dan aku approve orang-orang yang aku x kenal cuma bila aku yakin selamat.dan aku juga nak nasihatkan adik-adik (yg x adk pon kdng same je... =.=") supaya berhati-hati kalo x korang boleh end up jadi macam kes kena santau pakai gambar facebook je yang tengah kecoh sekarang.


sebagai akhir kata (aku da xtau nk merepek ape da...) think before you post approve fb friend.
until next time. sekian

Monday, July 4

permainan kreatif budak-budak

olla amigos,

huaaa, dah lama rasa tak update blog....huhu. rinduuuu. aku sekarang tengah bizi kerja sempena cuti semesta jadi babysitter kat taska. sebab tu lame tak update. well, oleh sebab aku jaga budak so hari ni nak cerita pon pasal budak.

kanak-kanak, suatu zaman yang pernah dilalui oleh semua orang dan merupakan zaman yang mana semua orang ingin kembali menjalaninya. (perghhh, ayt karangan SPM lah...haha) waktu budak-budak memang best. hidup senang je, tak payah nak susah-susah pikir masalah, masalah kerjalah, cintalah, kawanlah, macam-macamlah. sebab tu semua orang bila tanya zaman mana diorang nak ulang balik mesti ada yang jawab zaman budak-budak. mana tidaknya, makan ada orang jaga, baju ada orang basuh, berak pon ada orang cebok, mandi ada orang mandikan. kerja diorang main, makan, tido, buang. itu jelah tiap-tiap hari.

aku kerja kat taska ni jaga budak range umor 1-2 tahun. so aktiviti harian diorang memang main je lah suka hati diorang. takde aktiviti belaja sangat sebab diorang ni cakap pon x pandai lagi. buat apa nak belaja ye x? tapi apa yang aku perasan (bukan perasan yg syok sendiri tu tau) budak-budak ni semua benda boleh jadi mainan diorang kan? hehehe (aku kecik2 dulu pon cm2 gk...ahaha). antara mainan yang zaman budak-budak aku dulu yang fungsi asal bukan mainan ialah:

1. cuit tiang
ni aku rasa kebiasaan mainan kat susur-susur gajah sekolah. unless sekolah korang xde susur gajah. siapa pencipta mainan ni aku sendiri xtau. yang aku tau masa tu main je. permainan ini adalah salah satu punca kekotoran pada kasut anak-anak anda sebenarnya...hahaha. permainan ni memerlukan 5 orang pemain untuk game kecik. tapi aku dan kawan-kawan aku dulu lagi advance dan buat permainan ni lebih besar dan meriah seramai 8 orang...haha. cara mainnya 4 orang budak akan berada jadi jaga kat tiang dan sorang budak akan cuba mencuit tiang tu sebelum jaga tak bertauliah ni. jaga-jaga praktikal ni boleh bertukar-tukar tiang antara sesama diorang. siapa yang gagal menjaga tiang yang akan jadi pencuri pulak lepas tu. dalam acara merebut tiang tu la kasut anak-anak anda terpijak sesama mereka dan akan menjadi mangsa bebel mak bapak bila balik rumah...muahaha

2.longkang
sememangnya kanak-kanak bermain apa saja.hahaha zaman aku sekolah dulu longkang pon boleh jadi main. ada siapa yg wondor x main camne?? ke ada yg da tau sebab diorang pon sama geng ngan aku kecik-kecik main longkang...heh game ni macam nak train budak untuk belajar menari. cuma bezanya ko lompat-lompat ke dalam dan luar longkang secara duo dengan member korang mengikut step yang telah ditetapkan oleh piawai dan sirim. (aku pon xtau sape yg spesifik kn step game ni..heh) dan siapa yang salah step akan terkeluar dari game dan dikira kalah. sepanjang bermain game ni ada lagu yang turut dinyanyikan seiriong dengan step-step dalam game ni. aku pon dah tak ingat macam mana lagu game ni...hahaha

3. tutup botol a.k.a tudung oren
dulu kecik-kecik mak aku kerja tukang masak kat kedai. kat kedai tempat mak aku keje tu ada jual air bikarbonat a.k.a air geh gas yang jenis dalam botol kaca dan penutup dia aluminium. kot? kat tempat aku game ni turut dipanggil tudung oren. sebabnya kebanyakkan air gas yang dijual tu air miranda oren. tu jadi tudung oren. bukan sebab time main tu kena pakai tudung oren!! xperlu sume tu. kitorang main dalam kelas je time cikgu tengah meeting or lambat datang kelas...ehehe. game yang tida limit pemain dan boleh dimain secara beregu dan perseorangan ini memerlukan sebanyak 5 err, keping?? tutup botol dan konsep mainnya lebih kurang macam main main batu seremban jugeklah.

lebih kurang cmni la botol tu. aku seach miranda dalam botol kaca kuar miranda kerr plak...haish

tu jelah kot, tak teringat pulak aku game kreatif ape lagi yang selalu main time kecik-kecik dulu. tapi serious kita time kecik-kecik sangat kreatif kan? bukan aku sorang je lah. it is one of the time we miss a lot dan kalo dapat patah balik memang best. err, macam familiar la ayat ni..hahaha

p/s: seronok gak jaga budak kat taska ni. tapi hope korang jangan banyak karenah sangat la. takot teacher termarah je...hukhuk

Saturday, June 11

blog famous dan blogger famous itu berbeza.

olla amigos,

sebelum ni aku penah tulis entry pasal how to be famous blogger dan aku juga komen aku nak blog aku jadi  famous amos dikenali ramai dan dibaca serta di komen. ok, aku x la tulis sedetail itu dalam harapan aku sebelum ni dan ramai yang mungkin salah faham. well, fahaman kita semua pon memang berbeza dan tak sama kan? pada pandangan aku blog famous dan blogger famous itu adalah sebenarnya berbeza. let's read peeps.


1. blog famous
firstly lets talk about famous blog. untuk blog famous ni sudah semestinya popular dan dikenali ramai atas sebab cara penulisan yang disukai ramai. orang datang blog dia untuk baca apa yang ditulis dan orang follow blog tu sebab nak baca lagi apa yang blogger ni tulis. kebiasaannya tiada paksaan dalam follow memfollow sebab orang follow secara sukarela. mereka ini juga kebiasaannya menulis blog dengan hati yang tulus ikhlas lahir dari hati yang suci dan bukan untuk kejar famous amos dan tidak mengamalkan "i follow u, follow balik" malah famous yang diorang dapat tu macam kata fafau, "jangan kejar populariti, biar populariti yang kejar kita".

2. blogger famous
jenis kedua ini biasanya blog diorang famous sebab populariti yang ada pada diri diorang. blog yang semacam ini biasanya menceritakan hal-hal peribadi dan apa yang mereka buat setiap hari dan di follow oleh peminat diorang yang nak tau pekembangan dan penguncupan mereka setiap hari. selebritas je yang boleh buat camni dan ramai follower kot.

tapi dalam dunia blog ini juga ada insan-insan yang hanya kejar nak jadi famous dan buat macam-macam perkara yang boleh mengundang raai orang untuk datang tengok blog diorang seperti membuka pekung di dada menceritakan aib sendiri, ada juga yang jenis copy and paste je entry dia dari blog orang lain dan ada juga yang jenis dapat rami follower dengan menghentam orang-orang yang lebih famous. ini pada aku yang dinamakan instant famous which is x kekal lama. (betol ke aku eja 2..erkk) blog diorang ni biasanya hanya akan panas seperti mana instant megi jugek. sekejap je. lepas tu xde dah la orang datang baca.

kalo aku, aku nak jadi macam jenis yang pertama. itu adalah goal aku. sebab pada aku kalo blog kita famous, maknanya orang suka dengan cara kita tulis dan apa yang kita tulis. kira kalo famous tu macam achievement lah. bukan aku yang nak famous dan dikenali orang. kalo itu yang aku nak, mestilah sejak dari awal lagi aku buat blog ni, aku dah pakai nama betul aku dan letak fb batch sapa aku kat fb. senang sikit orang nak cari. baru betul famous amos de la rossa. ye x? yang aku nak ialah blog ni yang famous. i mean orang suka dengan penulisan aku. dan aku juga x amalkan "i follow u, follow balik". bukan nye aku nak kondem. u can use is as long as u like it. dan aku juga jarang mengomen kat blog orang. sebab aku xtau apa yang patut aku komen supaya orang x butthurt or xtau apa yang menarik untuk dikomen. i'm kindda silent reader. unless it really attract me.dan aku tau ramai yang datang tengok entry aku tu dah salah faham dengan aku (padahal yang komennya 7 orang je...tu pon dah touching...huhu). aku ikhlas dalam tulis blog ni. terpulang pada pembaca untuk percaya atau tak. mungkin juga ada yang aku ni x layak tulis pasal famous ni sebab blog aku pon masih baru dan xde orang kenal pon lagi. n i'm sorry for this entry is dah bercampur antara pendapat dan perasaan aku sendiri. well, no one perfect


p/s: aku nak blog aku famos...bukan aku lah...huhu it is an achievement for this blog. not me. =.="

Tuesday, June 7

perempuan itu sebenarnya nakal

olla amigos,

hari ni aku nak sentuh cerita pasal perhubungan. bukan connection tapi relation. yes, relationship. to be specific aku nak cerita pasal perempuan sendiri dalam perhubungan. korang bese x tengok note-note kat facebook or  entry-entry kat mane-mane blog lah yang cerita pasal tanda-tanda perempuan jatuh cinta. mesti penah kan? kan2? korang perasan tak salah satu daripada note tu mesti cakap lebih kurang camni. "walaupun perempuan tu keluar dengan lelaki  lain, mesti still akan memikirkan lelaki yang dia suka". pernah dengar? pernah baca? pernah wonder maksud frasa ni?


gambar adalah hiasan semata (mcm ayt majalah plak..haha)


let me tell u a secret. macam apa yanrg aku tulis kat tajuk kat atas tu, perempuan ni sebenarnya nakal. x caya? betol...x tipu...tapi ini untuk kes-kes gadis yang belum berkahwin dan belum betul-betul serious nak kahwin dengan pasangan laa. (dah seyes nk kwen pon kdng noty gk...tp sket je la..haha) and satu lagi kalo yang jenis bercinto jarak jauh. memang dia buat nakal. x caya jugak? x caya jangan tanya awek korang. sebab diorang x akan ngaku punya...giler kau nak ngaku...heh.

perempuan ni seperti yang kita tau insan yang lemah dan manja. yang jenis pakwe dekat boleh la nak manja-manja dengan pakwe. yang jauh tu dapat tepon je laa... jadi biasanya diorang ni biasanya suka bergurau dengan guys especially kawan-kawan diorang or someone yang had crush on them. gurau yang biasa keluar ialah mintak belanja lah. bagi yang bukan kaki kikis ini memang gurauan yang betul-betul gurauan. bagi yang betul-betul setia dengan pakwe dan komited dan berjanji untuk kahwin, it ends here. tapi bagi yang puppy love atau cinta monyet ni or yang bercinta secara x serius ni memang gurauan, tapi kalo orang betul nak belanja apalah salahnya. so, awek-awek anda akan keluar dengan kawan diorang ni untuk dibelanja. macam tu je biasanya. but ofcoz as a friend lah dan diorang xkan keluar cuma berdua. kecuali kalau korang tau awek korang ni jenis tukar pakwe 3 bulan sekali, so this is bibit-bibit kecurangan mereka...muahaha and there will be another "meeting" set up for the next time berdua sahaja. well, berdua lebih baik kan bak kata acar buah acha septriasa...hoho jadi untuk pakwe-pakwe yang diluar sana. kenal pasti awek jenis apakah makwe korang tu. itu jelah kot yang aku nak cakap. to girl out there, jangan marah aku untuk bocor kan rahshia ini. i just want to save a relationship. till then, bubye.


p/s: entry ini tidak terpakai untuk gadis-gadis geng surau tudung labuh. sebab diorang bercinto pon tidak. camno nak nakal kan...haha

Wednesday, June 1

kenapa perempuan kena pakai tudung (versi modern review)

olla amigos,

hari ni aku nak cakap pasal wanita. si, margarita!! yang laki kalo nak baca pon xde hal. tujuan entry ni adalah untuk menggalakkan wanita-wanita (cewahh, kemain tulis wanita...haha) di luar sana untuk memakai tudung. tapi aku bukan lah alim sangat untuk berdakwah dekat korang yang "rambut percuma" a.k.a free-hair ni untuk bertudung. xde hadis pon aku tulis dalam ni. (aku pon x tau...huhu) tapi ini cumalah pandangan dan galakkan kepada korang untuk beralih arah kepada bertudung.  tak labuh pon xpe, nak pakai macam mak datin pon boleh, alaahh yang nampak joe jambul tu. sekurang-kurangnya korang da one step untuk nak tutut urat aurat. mana tau nanti dapat lah seru tutup terus. artis sekarang pon da makin ramai pakai tudung, macam irma hasmie, catriona ross (cmni ke eja name die ekk...ehehe), farah AF2 tu. manis je tengok. kalo xmo jugak terpulang pada korang. aku tak paksa pon. ok, mari kita lihat hujah-hujah saya.

sape kate pakai tudung x ramai orang suke?? kan3?

haa, kan manis tu... mak cik2 pon rs nk wt menantu...


1.lebih banyak style
untuk mereka yang rambut percuma tu aku nak tanya, ape style yang korang boleh buat dengan rmbut korang? curl, rebond. lagi2? rebold xmo? ekeke. macam tu je style nye kan? paling-paling pon cara potong rambut la beza pon. ye dop? aku xtau sangat style orang rambut percuma ni. tapi yang aku tau sekarang orang yang pakai tudung da ada macam-macam gaya. tak macam dulu lagi dah. kalo dulu yelah, mane ada gaya-gaya sangat. paling tak pon kalo dulu tudung yg ada macam tali lilit kat kepala tu. tapi sekarang cube tengok kat pasaran sikit punya banyak (dah sikit banyak plak, bahasa....bahaha) fesyen yang ada. bukan tudung bawal je, shawl, tudung ikin, tudung siti, tudung aida khalida, tudung nur kasih dan banyak lagi lah sampai aku pon xtau nama apa lagi yang orang letak. tu baru tudung, belom style pakai lagi...kalo style pakai dah berganda-ganda lah. yang lose yang belit simpulan kasih, merpati dua sejoli, ntah apa lagi nama pon aku xtau. bukan tu je, cara belit pon aku xtau..hahaha

2.pilihan warna yang pelbagai
kita sebagai perempuan memang suka akan benda yang cantik. yang kalerpul. kalo tengok tudung sekarang humangaih, banyak pesen yang ada. yang banyak kaler macam pelangi ada. yang satu kaler pon ada. pilih je kaler apa korang berkenan. nak bagi match ngn baju korang satu suit hari-hari pon buleh. ni lah spesial pakai tudung. cuba kalo rambot. tuan hamba pernah lihat orang pakai baju sama kaler dengan rambot?? (sila sebot dgn antonasi nujum p.blalang) tak pernah bukan? lagipon mana ada orang yang tukar warna rambot hari-hari. plaing dekat pon sebulan kot. ntah, x penah buat. lagipon warna rambut selalu ni boleh buat rambut jadi rosak. kalo korang tukar tudung hari-hari rambut korang rosak x? tentulah tak kan? tak payah nak bazir duit buat treatment mahal-mahal dah. jimat poket mak abah/pakwe/hubby korang.

3.aksesori
untuk mereka yang berrambut percuma ni tentulah macam-macam akse-sorry aksesori yang boleh digayakan bersama seperti rantai, subang jaya, gelang. opss gelang kat tangan, salah...ehehe. dan headband yang boleh dipakai. tapi dengan majunya fesyen malaysia sekarang, korang masih boleh menggayakan aksesori yang korang pakai selama rambut percuma kini walaupon korang sudah bertudung. well, seperti yang aku cakap entry ni bukan untuk dakwah. so kira korang pakai tudung nampak joe jambul nak pakai macam-macam aksesori still boleh nampak lah. at least korang dah one step closer untuk tutup aurat kan?

4.eksklusif
yeaah, come to the last point. (padahal dah xde idea..ahaha) untuk orang-orang yang pakai tudung ni for sure la rambut korang eksklusive untuk family korang je tengok dan eksklusive untuk hubby korang je main. untuk yang tak pakai tudung dah kompom-kompom lah mane korang pegi sume orang boleh tengok rambut korang kan? tu je...

okeylah. till then, bubye.

Friday, May 27

things i hate bout facebook #1

olla amigos,

hari ni nak cakap pasal facebook. sume orang ade facebook or nick name die fb. ok2 x sume orang ada fb. tapi purata kn?? sampai anak sedara aku yang baru umur berapa pon sibok nak bukak fb. kalo ada internet dekat rumah xpe la jugek. ni xde. da kompom-kompom kena pegi cyber kafir cafe untuk melampiaskan nafsu berfacebooking tu kan. ok. xmo entry panjang-panjang. just nak cakap ada la beberapa benda dalam fb ni yang mula menyampahkan aku.

korang pernah tak ada kawan-kawan yang join contest fanpage  mana-mana untuk menang hadiah?? mesti penah kan?? xkan lah b'ribu-ribu kawan korang xde sorang pon yang pernah join contest camtu...

bila dah join contest camtu diorang ni mesti nak kumpul like terbanyak kan?? kompom mintak tolong korang untuk sebagai kawan-kawan sejati (sejati lah sangat...) untuk tolong like. well aku pon penah je tolong kawan-kawan aku untuk benda-benda camni. yang aku meluatnya bila aku tiba-tiba dapat message fb mintak tolong like gamba dia yang aku x kenal pon sape. bukan setakat tu, mutual friend pon xde. adakah meraka ini terlalu despeardo untuk menang contest sampai mintak tolong dari orang yang diorang x kenal?? korang pikir la sendiri. bak kata nabil "lu pikir la sendiri". till then, bubye.


remain unchange

olla amigos,

aku sekarang tengah dalam usaha cari kerja. bukan nak cerita pengalamn aku cari kerja pon, xde apa yang menarik pon. cuma nak mengeluh dengan keadaan pekerjaan. bukan apa, cari kerja tu x susah. yang susah tu orang nak amek kite kerja. macam aku, aku xde masalah dalam interview sebab aku seorang yang banyak cakap dan sikit xtau malu, jadi interviewer besa suka dengan aku (bukan nak masok bakul ni tau). TAPI , (haa ade tapi plak tau) diorang macam berat nak amek aku kerja sebab aku xde kenderaan. aku ni bukan orang senang, belajar pon harap pinjaman dari PTPTipu, kalo parent aku memang x dpt la sambung universiti. sebab tu lah cuti semesta aku niat nak kerja so ringan la sikit beban bila masuk sem baru nanti. tapi da kalo aku ni orang susah macamana nak ada kenderaan sendiri bila blom kerja lagi dan itu plak jadi punca kenapa aku susah untuk diterima bekerja. so how can i improve myself??? pikir pulak orang yang lagi susah dari aku. kalo macam ni lah keadaan bidang pekerjaan malaysia memang lah yang senang makin senang dan yang susah bukan setakat kekal susah, malah makin susah. aku rasa tu jelah yang aku nak mengeluh malam ni. till then, bubye.

p/s: doa-doa la mudah aku dapat kerja dalam cuti sem ni...huhu

Sunday, May 22

how to be famous woman blogger

olla amigos,

baru-baru ni aku ade baca entry panda / arcx13 pasal macam mana nak jadi blogger perempuan yang famousa de la rosa. kalo ikot panda cakap ada 3 cara untuk jadi famous blogger perempuan.
sebelum ni pon kawan aku yang merupakan blogger boy penah cakap kat aku "perempuan kalo nak femes dlm blogging senang je...jadilah camwhore...buat muka cute, tangkap gambar banyak-banyak pastu buat entry, famous lah nanti" well aku admit agak ramai blogger perempuan yang aku jumpa ramai follower base on benda-benda camni. ramai antara diorang yang bermodalkan muka cantik buat blog, tapi ada jugak yang muka cantik buat blog tidak berasaskan muka diorang. camne buat blog berasaskan or tak berasaskan muka tuh?? apa aku merekep kerepek ni...ahaha

blog berasaskan muka. senang je kalo korang nak jadi femes dalam dunia blog pakai kaedah ni. syarat pertama ialah korang kena cantik. da cantik? bagus. (untungla~~) kalo belom pegi buat facial ke apa dulu. balik rumah tepek tepong gomak bedak sejuk banyak-banyak and kalo rasa x cukup buat boleh buat plastik surgery. itupon kalo mampulah. kalo dah rasa cantek pastikan pulek korang ade duit. sebab korang kena shopping banyak-banyaaaak...nak beli baju cantik-cantik, nak pakai pastu tangkap gambar sambil buat muka comel then upload kat blog cerita apa yang korang dah buat sapanjang hari tu...senang kan? nanti ramai la follow sebab nak belajar jadi cantik macam korang. dan mungkin ramai juga haters yang follow korang sebab nak kutuk korang.

yang ni pulek cara susah, cara klasik. tulis entry dengan cara yang paaaaaling menarik. tarik pembaca melalui cara tulisan korang. dan aku rasa most of famous blogger tulis entry pasal isu semasa, or isu-isu menarik dengan cara penulisan yang menarik minat pembaca lain untuk baca entry korang. most of them ni xde pon letak gamba banyak perasan comel dan buat blog diorang tu macam diari peribadi. ni la cara yang aku suka, yang aku nak contohi untuk jadi blogger. ye lah, aku bukannya cantik pon, orang susah pulak tu. memang x la nak pakai kaedah yang kat atas tu. tapi bukan sebab tu je lah. memang bukan cara aku pon. cuma kadang-kadang mungkin aku pon guna blog aku ni untuk luah perasaan (mostly marah n x puas hati la kan...). tu aku mintak maap lah. tak sedor.

semoga aku berjaya jadi blogger yang berjaya hasil usaha penulisan tangan aku sendiri. bukan jual rupa. kalo ada siapa-siapa yang touching dengan kata-kata kau mintak maap lah. aku cuma bagi pendapat aku. tak benci pon. till then, bubye.

Wednesday, May 18

perkara boleh dibuat ketika cuti...

olla amigos...

topik yang aku nak cakap hari ni ialah aktiviti ketika cuti. (mentang2 la cuti 4 bln kn...ngeh3) tapi aku bukan nak cakap sebab aku je cuti. ramai lagi golongan pelajar yang tengah cuti sekarang macam budak-budak lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan matrikulasi, lepasan kandang (erkk, t'lebih sudeh...ehehe) dan sudah semestinya pelajar universitas seperti aku. apa yang patut korang buat time coti yang panjaaaaannnnnnnnggggggggggggg ni?? lama tu nak tunggu bulan 9....(kemain tulis "pnjng"..haha) jadi dengan ini aku terpanggil untuk berkongsi cadangan dan pendapat dengan korang tentang apa yang korang boleh buat masa cuti ni walaupon aku rasa korang pon boleh je pikir sendiri cadangan-cadangan yang aku bagi ni...(intro aku pon da same panjanggggg je aku rasa...ahaha)


1.bercuti-cuti malaysia
pilihan pertama yang aku bagi ni hanya terpakai untuk mereka-mereka yang beruang berwang. ye lah, ko nak bercuti camne kalo xde duit, ye dop?? biarpon ko tonton "Destinasi budget" oleh Qi yang santai (pakwe yuna da ko..melepas...hukhuk) berpaksikan budget sekitar rm300. tapi 300 itu tatap duit, tak jatuh dari langit, tak tumbuh macam pokok duit-duit, mahupon seperti ko menghasilkan saliva/air liur. so, yang ada duit, mak bapak kerje cop duit silalah bercuti. ape?? tak nak kat Malaysia?? owh, pegi la mane ko nak pegi, bukan setakat bulan, matahari pon boleh. kemana pon korang nak pegi bercuti, nasihat aku ialah jaga diri korang jangan malukan nama korang sendiri dengan buang sampah merata, berkelakuan kurang sopan. ingatlah korang bawak nama mak pak korang walaupon korang tak bawak diorang oliday ngn korang. nanti orang tengok kelaku korang nama mak pak korang jugek yang kene kait. tak memasal.


2. bekerja sambilan
haa, ni satu lagi benda yang korang buleh buat, kerja sambilan. ni lah masa korang nak kutip pengalaman sebelum kerja betul-betul dalam bidang korang nak. banyak kerja yang korang boleh cari sementara nak abes cuti. pilih je kerja ape yang korang nak. cashier, sales girl, restoran fast food (KFC, mcD yang mcm tu lah..), kadai makan dan macam-macam lagi. aku sendiri pernah kerja jadi cashier pasaraya. dapat lah ringan sikit beban mak ayah tanggung bila masuk semesta baru nanti. mungkin ade yang cakap kalo dah kerja ni, dah pegang duit sendiri mesti dah malas nak belajar. meh sini aku tanya korang. meh la dekat sikit... toksah nak malu-malulah. korang yang da kerja sambilan jadi kuli orang buat kerja berat-berat seronok ke?? best ke?? berbaloi x korang rasa dengan gaji korang dapat?? kalo tak best, tak bebaloi. korang anggap la kerja yang korang buat tu sebagai pengalaman...cari duit tambahan. nanti belajarlah elok-elok so korang dapat kerja yang jaooooh lebih baik, gaji yang lagi best dari kerja sambilan tuh. tak payahlah dah dapat kerja sambilan tu sibok cakap kat mak nak berhenti belajar sebab dah syok dapat pegang duit sendiri.anggap je macam pengalaman korang sebelum keluar betul-betul dalam bidang pekerjaan.







3. baby sitter anak kakak sendiri / anak sedara
haa, ni sangat common untuk para gadis yang ada abang-abang dan akak-akak yang dah kawen. kot (aku slalu kena, tolong ckp ini juga common pada korang...) esspacially anak bongsu. sebab apa?? sebabnya mak or bapak korang yang risau anak bongsu dia sendirian. bahaya. jadi cara selamat biasanyanya bagi anak diorang ni jadi baby sitter duduk rumah je. tak lah risau jadi apa-apa kat anak kecik diorang kan....(kecik la sangat...haha)


4. amek kelas memandu
yang ni memang common bagi budak-budak yang tengah cuti terutama lepasan SPM. ye lah, umor
baru lepas requirement untuk lesen lah katakan. time ni lah nak belajar kereta. dah tua terbongkok-bongkok nanti malu pulak kalau baru nak belajar kereta. iyelah, tangan nak start enjin pon terketar-ketar sebab parkinson. (bukan niat nak rendahkan ok, jgn slah sangka) cikgu mengajar pon bengang je. chillex lah. aku cakap ade sebab okey. bukan kita yang pikir camtu, tapi diorang sendiri. my own mom xde lesen tapi dia x mau belajar sebab dia kata dia dah tua. nak start enjin pon lama nanti. so while young, let's rock the world!!! eyh salah, jom belajar memandu. then kita boleh rock the world babeh!!!


5. jadi assistant mak korang a.k.a suri rumah
yang ni choice untuk perempuan, tapi lelaki pon tak ada masalah kalo nak belajar jugek. time korang hidup bujang nanti boleh la masak sedap-sedap siket tak ada lah makan megi or masak kat mamak je kan...hehe. tapi perempuan yang tak reti masak tu belajar-belajar lah masak. nanti pergi rumah mak mertua senang. tak ada lah malu dekat mak mentua tak reti masak. dia pon senang hati rasa tau anak dia makan sedap. bukan makan sardin hari-hari. lama-lama muka pon boleh jadi sardin tau!! mak aku cakap kalo da kahwin nanti masak kat rumah jangan makan kat luar selalu sebab air tangan tu yang mengikat hubungan suami isteri, hubungan kekeluargaan. bukan mak aku je cakap tau ustaz fadhillah kamtumi kamsah pon cakap camtu. so nasihat aku kalo korang malas nak kerja, bawak-bawak lah ringankan tulang korang tu tolong mak masak kat dapur. ada gak faedah.





6. blogging + blogwalking
dunia semakin maju. teknologi berkembang dan, err dan... aahh malas nak mengarut dah. sekarang kan berblogging tu da macam trend. benda ni bagus and offcoz (tbe2 x reti eja...) ada gak yang x bagus. tapi kita amek yang bagus je lah. yang x bagus jangan ikut. jadikan sempadan. malas cakap pasal ni lebih-lebih sebab korang sendiri agaknya lagi lama dah jadi blogger dari aku.


so kat sini aku nak cakap isi lah cuti anda yang lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah. till then, see you next time...bubye.



p/s: pesanan ini hanya terpakai untuk mereka2 yang hanya akan kembali semula pada bulan 9. u yg cuti sebulan je jgn jeles...ngeh3

Monday, May 16

hari guru itu hari hadiah??

olla amigos....

hari ni isnin, 16 mei apa yang korang kat luar sana buat pada hari ni?? apa?? ooo, kat sekolah buat sambutan hari guru. bagi hadiah kat cikgu korang. sukaneka. tu je yang korang buat hari guru ni??  korang tau x apa sebenarnya yang diorang harap daripada korang sebenarnya??

kat malaysia ni kerja cikgu di anggap satu kerja yang mulia, mak-mak zaman dulu kalau tanya diorang nak anak kerja apa biasa mak-mak jawab kerja cikgu lah. jaranglah mak-mak zaman dulu jawab nak anak kerja CEO,COO ataupon D.O tiba-tiba kan?

cikgu...bangun pagi-pagi (kalo sekolah pagi lah) dah kena siap pergi sekolah mengajar. mesti boring tiap-tiap tahun mengajar benda yang sama je kat budak-budak. iye ke?? kalo korang tanya cikgu diorang cakap jadi cikgu ni tak boring... sebab?? sikap anak murid yang macam-macam dia jumpa. tiap-tiap tahun pulak boleh dapat hadiah macam-macam dari anak murid..ngeh3 tapi tu ke yang dia nak?? cikgu x penah mintak pon kat korang bagi semua benda tu kat dia. dia x kesah pon sebenarnya. yang dia harap cuma ucapan terima kasih dari korang dan kejayaan korang dapat kecap nanti. (kemain pakai word "kecap". mcm wt essai...haha) lagipon aku tanya korang ni, hadiah yang korang bagi kat cikgu-cikgu tu tujuan ape?? terima kasih?? pernah tak korang pikir hadiah korang bagi kat cikgu tu bukannya tanda terima kasih dari korang pon. woo2. jangan lah marah kat aku. betol apa. bukan pakai duit korang pon kan?? kalo korang betul-betul nak ucap terima kasih kat cikgu korang ucaplah dengan seikhlas mungkin pada diorang. dan kalo korang nak bagi hadiah kat diorang gunalah hasil usaha korang sendiri, bukan duit mak ayah korang. barulah betul cikgu korang merasa duit kejayaan korang hasil penat lelah diorang ajar korang dulu. pada aku ini barulah betul-betul balas jasa dan bagi diorang tengok sendiri hasil didikan diorang. betol x?? tu je lah kot. pendapat lain pasal hari guru aku cerita tahun depan pulak. cerita semua tahun ni panjang sangat pulak. pastu nantu tahun depan dah xde idea pulak nanti.haha

okey lah, till then, bubye

p/s: selamat hari guru diucapkan untuk mak abah n semua cikgu-cikgu yang penah mengajar saya secara langsung ataupon x langsung. terima kasih untuk jasa yg pernah anda semua curah.

Saturday, May 14

terlupe pulek...

aku lupe nk bagi tau, esok aku balik pahang tau. limo amek?? xde la...naik "lambat" express je...
disebabkan bas itu sangat "laju" menghampiri kelajuan cahaya jadi aku mungkin tak sempat update blog besok.
unless bas rosak tengah jalan macam hari tu. haa, aku update la dalam tunggu savior sampai.

kalo ada rezeki aku update la blog. kot la aku pegi makan dulu before balik rumah ke. sempat la kot. aku orang kampung je. takde tenet kat rumah aku. so weekend ni aku tidak akan update dan hanya akan update blog weekday (hari keje la tu....) till next time, see ya guys....daaa~~

mood: x sabar nk jmp mak...ngeee~~

4 bulan....

pagi tadi last paper aku untuk sem ni...agensi dan pemasaran harta tanah. 3 credit. fuhhh....lega rasa...

so aku pon balik dengan senang hati selepas membusung perot dengan nasi putih bersayurkan ulan salom, berlaukkan ikan bakr dan air asam...emmmm~~ sedappppnyeeeeee~~ (sje jeleskan korg, muahaha. terliur x?? ngeh3). sampai dekat rumah sewa berangan la nk hupdate blog yang tersayang ni selepas selesai perjuangan seperti yang aku nekadkan sebelum ni. tengah dok semangat nak update bukak2 dashboard tibe-tibe!!!

hamek kau...patah semangat aku jap...naseb sekejap


bukak tutup balik, refresh balik, da buleh...yay...

abes tu ape kene mengena dengan 4 bulan?? haaa, meh sini dekat sikit...nk cakap ni....aku cuti sem 4 bulan....(bc ngn suara separa b'bisik...=p) korang ingat apa??!! aku ngandung ke??!! huish!!! ade kesitu plak dah...x kawin lagi lah. pah bedah ni...

hmmm...ape nk buat cuti 4 bln ni ek.*wonder* korang ade cadangan x?? keje pon menarik jugek kan...hehe dapat tambah income... but dont worry aku xkan abaikan belog ni...lepas ni nak update selalu. ade idea je aku huupdate...promise!!

p/s: ade sape2 nk bagi aku keje x?? hehe

Wednesday, April 27

new blog on the block

attention!!!!


new blog on the block...hoyeee~~...

erkk?? apekah aku cube sampaikan?? dah la hari tu kate xmao update blog sampai habis exam...alih-alih hari ni aku hupdate blog?? siap cakap ade blog baru lagi tuh... da habis exam ke?? (aku tau korg tgh wt muka smirk skunk ni)

okeh...mari saya eksplain...saya belom abes exam...jumaat ini ade paper advance urban planning lagi tahu!! xtau?? xpe la...saya tau saya belaja course tak famous d' fabulous macam doctor or engineer or etc...eyh!! bukan ini yang aku nk cerita...sory sory...

btw aku nk cakap pasal 1 blog ni...bukan nk review blog...belum layak lagi nk review blog orang lain..blog sendiri pon terkontang-kanting lagi....tapi aku akan buat blog baru yang akan menggantikan blog ni...neehhh...
aku nak tambah blog baru la...blog yang bersifat lebih kepada blogshop yang bertujuan membantu abang kesayangan aku mempromosikan perniagaan dia melalui medium internet (ayt mcm nk amek SPM...haha) jual ape kt sini...nantikan!!!



p/s: blog ni pon aku akn start buat lps abes semua paper exam aku...hari ni aku mls stady xtau la nape...sbb tu g hupdate blog nih...isk3

now, back to study....cuba utk lebih fokus...gambate nei....

Wednesday, April 20

pause / ||

hye guys...

as u all know now is the study week at most of university in Malaysia and my university is included.(gedik tibe2 cakap omputih...huahua) so i would pause any entry until my last paper unless if there is anything necessary.(pdhl da bpe hr x wt entry, xde idea...hukhuk =.=" )

saya mahu beri tumpuan kepada peperiksaan saya walaupun saya tahu saya tetap akan distracted dengan beberapa perkara sekeliling saya. dan jangan kutuk saya kata "eleh, mcm result baguih sgt nk tumpu study...heh" (dengan muka smirk)
saya memang tidak bijak sebab itulah saya perlu study dan kurangkan distractor sebanyak mungkin. saya kan kembali semula menulis selepas exam saya tamat dan idea saya datang. sekian terima kasih.

p/s: wish me luck for my exam. thanks a lot. xoxo

Wednesday, April 13

a sad love story...

a boy
who had a cancer
and had only 
one month to live...

he like a girl that work in a cd shop....
very much....
but...
he never tells her about his love....

every day he use to go to the cd shop and buy cd
just to talk to her...

after a month he died....
when the girl went and ask about him...
her mother told he died
and took her to his room

and she saw all the cd's unopened 
and the girl cried...

you know why??

she keep all her love letter inside the cd
to let him know...
how much she loves him...


missing someone is a part of loving them; 
if you're never apart, 
then you'll never know 
how strong your love really is....

p/s: this story i got from a friend whom got from her friend and from a friend...which i don't know if this is true story or not...

Thursday, April 7

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN

cerita pada hari ini....

aku jalan-jalan blogwalking macam biasa...lalala~~(mood mls wt entry, nk blogwalk je)
aku pon melawat salah seorang orang yang baru melawat aku iaitu cik cempaka biru... and i see something INTERESTING~~ aku nampak purse yang smart!! cool~~

ni la blog yg wt contest 2...tgk purse 2...smart kn?? cool~~


polo ori beb purse 2....nk beli sendiri mmg x mampu la... (=.=") my other honey bee pon x keje lagi nak mintak kt die...huhu. yang pasti aku memang suke design purse yang nampak smart-smart ni...dan memang aku suke batman pon (i mean real batman dr marvel superhero yek)....sbb dia kayo n hensem n teror lawan n katang (bpe byk "n" daaa)...muahaha. owh n dia ada kereta batmobile yang hensem gak...hoho. so pleaseeeee make me win yep tuan punye contest?? hehe. preaattay please (dgn acsent british... =P). btw, amoyku sayang~~  hang xmo join??hehe

p/s: tuan punye contest, aci x sy tag mcm ni je??? aci neh, neh neh?? mekaseh...hehe

Wednesday, April 6

muka ata sinyum owh'

hari ni saya sangat gumbira...hahaha (tetibe "sy" la pulek kan) ada dua faktor yang memberi kesan kepada kegumbiraan hati aku...hoho

yang pertama!!!
hari ni ramai yang singgah dan follow blog ni...heee~~ (pdhl x smp 10 org ag follow...iskk3)
mekaseh la sebab sudi singgah blog yang xde entry lagi neh...semua ni jasa baek abg ben sbb buat 1000 blog gegar april....mekaseh abg ben. tapi aku x bley join pon pop-kuiz yang dia buat tu sebab slalu clash ngn time kelas and aku pon still bizi dengan esaimen dan presentation yang x habes lagi ni. tapi ni pon da kira bersyukur sebab aku bukan kategori giler lagi da. i'm NOT talking ALONE ANYMORE!!! wuhuuu~~



yang kedua!!! (smbl tnjuk 2 kt muke org laen)
ape yang aku bet betol!!! hahaha. alkisah saya budak nakal pegi hantar gambar my other honey bee untuk untuk uji bakat model dkt DZMS Modelling agency. semua itu sebab dia x mau mengaku yang dia tu good looking. "muka i mcm tembok x siap", "mane la ada orag nk kt i" blablabla......hari ni t'bukti semua itu salah sebab dia dapat tawaran tu!!!! muahaha
tapi my other honey bee xkn join pon modelling tu sbb den punyo kojo nakal je...dia xmo pon join. n lagi satu sebab dia ade klas plak time photoshoot tu. (kalo pujuk agk dia nk je kot..heh)


p/s: my other honey bee ada blog...tapi xmo share ngn korg link...nnt uolls try my other honey bee plak... (mood perasan)  =P

Monday, April 4

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

okey dokey...dalam sibok-sibok aku malam ni buat keje sempat jugak aku berjalan-blog dan terjumpa sesuatu di blog......(bunyi drum)........

jeng3



yeah, blogger famous ini buat event...
aku bizi pon cepat-cepat buat entry sebab xmao ketinggalan...haruslah join....blogger baru kn...

p/s: tQ abg ben sbb selalu wat promo untuk blogger-blogger yang baru nak naik macam kami ni...hukhuk *touch*

Saturday, April 2

cantek SANGAT....

entry kali ni b'bentuk sedikit personel la farta...(jgn tny mksd!!aku reka je tu) walaupon sebelum ni aku penah cakap malas tulis pasal aku sebab bkn artis...tp aku nak tulis jugek... peduli hape aku.

baiklah tuan-puan, isu kita pada hari ini ialah cantik...
definisi cantik itu merupakan sesuatu yang relatif....kalau zaman purbakala dulu mungkin cantik tu didefinisikan dengan pelbagai sifat alam yang lain macam hidung mancung bak seludang, kulit putih langsat, tinggi lampai, pipi merah bak delima masak ranum...eemmmm, sedap!!! opss, lari topik... dan macam-macam lagi orang tua-tua dulu bagi contoh pompuan cantek tu...kira kalo banyak ciri-ciri tu vouge da vast la minah tu...bisa mencairkan hati sesiapa yang melihat tidak mengira jantina lelaki pompuan mahupon pondan. (opss, terlebih sudeh)...

sebenarnya cantik ni berbeza pandangan dari setiap orang...ada yang cakap putih tu cantik, ade pulak yang pikir sexioness margarita itu cantik. malah ada juga yang berpendapat hitam itu menawan....(mcm iklan da pulok) macam aku cakap tulis kt atas tadi la. cantik itu relatif.

 sexiyoness margaritaa!! (xnk amek jolie sbb da tua..heh)

aku pon suka dia ni....sejuk ati mak-mak kalo tgk ank bawak balik menantu mcm ni...


tapi!!!(bermulalah saat hatred..muahaha) kalau da rupa je cantik tapi perangai macam _______ (sila isi tempat kosong) x payah!!! x payah ape?? haa, ini yang kita tak tau....(style khir rahman: los dan faun) well, sebenaunye x payah harap sume orang suke kau la!!

ada juga jenis pompuann-pompuan yang cantik dan PERASAN cantik malah berbangga-bangga dengan kecantikan yang dia ada. siap cakap. "ak muka tido pon cute, ada orang puji..kau ada?? nan ado" (ok, nan ado tu aku tiru pinjam ayat cik epal ) sesiapa saja mungkin akan menyampah malah ada yang akan down, depress hilang selera makan setahun bila sorang pompuan yang memang cantek cakap macam tu kat kita. siap rasa macam ada suara latar patrick star alih suara bahasa melayu cakap "hidup ni x adil kawan" bermain kat dalam kepala.

orang-orang yang macam ni lah yang x sedar cantik itu hanya sementara, kau ingat kau cantek sangat?? bila-bila je boleh kena tarik balik nikmat tu...banyak lagi benda cantik yang ada kat alam semesta malah galaksi bima sakti ni. kalau anda diluar sana rasa diri anda cantik, jagalah sikap anda supaya seiring dengan kecantikan yang anda ada, xde la nanti orang nak mengata "harap je rupa cantik tapi perangai x semenggah". kalau anda rasa diri x cantik pon, cukup la dengan jaga sikap anda supaya orang nampak cantik budi bahasa, sejuk perot mak ngandungkan ekau.

itu saja segment kita pada hari ni...jumpa lagi di lain masa. adios!!

Friday, April 1

malas....

waaarrrgggghhhhhh!!!!
bile nk update blog ni!!! bizi memanjang....da ade free time xde idea plak.... >.<
final pon da nk dekat!!! tunggulah lepas exam aku rajin-rajinkan diri update blog....huhu
(kalo tbe2 aku ada idea n x bizi sgt before exam ni aku hupdate la jugek kot....KOT....hmmm)

Friday, March 11

masive blackhole!!!

td siang ak bergumbira melayan karenah kanak-kanak comell (ade juga yang sgt annoy rs mcm bdk tu mintak cobit!! >.<) yang maen kt karnival UTHM. syok btol diorang main soopaa doopaa UTHM 2......
(kami yg a.j.k pon x k'tinggalan juga main...hahaha).

tapi....
sedang kita d sini bergumbira, ada mereka yg berduka....(tibe2 madah pulak...=P ). balik dari jaga booth tadi bkk lapy bkk fb skali jmp news about EARTHQUAKE dekat JEPON!!! homaigod3... (detail on earthquake >>> details)

then aku jumpa pulak pasal news ni...for your info~~ it will be hit 53 COUNTRY!!! =O
antara negara yang dalam jaga2 ialah hawaii, new zealand and the list goes on....personally i think hawaii mungkin hilang dari peta dunia la...(korang da boleh delete hawaii dari honeymoon list ek...=p).
ape pon moh la kita doakan kesejahteraan penduduk kita disana n penduduk2 yang terlibat juga...aminn

Wednesday, February 23

pilihan raya...???

semalam u aku ade pilihan raya...byk u kt msia sekarang pon tengah sibok buat pilihan raya sampai ade isu kt upm x approve calon yang menang sebab diorg pro-m. (klik cni utk berita penoh>>>> berita penoh). aku xtau pon ape maksud pro-m or pro-aspirasi tu ape. ape keje diorang ek?? (ade sape-sape boleh explain x??? hehe)


cakap pasal pilihan raya masa kempen pulak, manifesto macam2 diorang janji dengan student, tapi x nmpk pon ape diorang buat lepas pada tu....da tu jumpa diorang pon time kempen tu je la....lepas pada tu....haram....
ape diorang buat ek??? macam mane janji manfesto diorg tu??? aku x paham betol la, nape kena ada politik dekat universiti ni eyh?? zaman sekolah dulu main lantik je ketua kelas. xde sape pon nk gadoh. setuju je cakap cikgu....xnk buat mcm kt sekolah dulu2 ke??heh



walau ape pon, yg ni aku kompom kalo bertanding musti menang...ahaha
                     (aku xtau nk kredit kt sape, ak amek pon dr kwn pd  kwn ak...hehe)

Friday, February 11

startin' da journey....

yoroshiku.... aku baru je nak start b'belogin'... sila beri tunjuk ajar...(mcm baru msok sekolah kt jepun plak rasa...haha)

aku xnk tulis blog cite psl life aku...well, i'm not superstar yaww..so xde sape nk tau ape aku buat hari2. tp.....aku suke nk share ape yg aku rasa and ape yg t'lintas kt otak ni...korang nk share apa2 pon boleh gak...sharing tu kan caring... =p

p/s: thanks utuk sape2 yg sudi datang cni ek...